Datuk Loretto Padua
KOTA KINABALU: Warisan hari ini menyangkal laporan berita oleh Harian Metro yang mengatakan bahawa terdapat 4 Ahli Parlimen yang keluar dan menyokong Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua berkata, perkara tersebut tidak benar sama sekali.
“Ini hanyalah permainan persepsi oleh PN kerana mereka takut dengan sokongan yang diberikan kepada PH Plus.
“Permainan ini bukan sahaja dimainkan ke atas Ahli Parlimen Warisan tetapi juga Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri agar mereka menyokong PN. Mereka sudah ketandusan.
“Mereka berani menjual nama Ahli- Ahli Parlimen kononnya mereka telah bersetuju untuk melompat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut Loretto, secara peribadi beliau selalu menghubungi mereka dan mereka optimis sentiasa teguh dibelakang Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hj Mohd Shafie Apdal. – Borneo Daily Bulletin