Warisan, Datuk Azis Mainkan Sentimen “Pemisahan“ Terdesak Untuk Kekal Relevan  

Home Politik Warisan, Datuk Azis Mainkan Sentimen “Pemisahan“ Terdesak Untuk Kekal Relevan  
Warisan, Datuk Azis Mainkan Sentimen “Pemisahan“ Terdesak Untuk Kekal Relevan  

KOTA KINABALU : Ahli-ahli politik parti WARISAN “mati akal” dengan menggunakan sentimen pemisahan Sabah dari Malaysia dalam usaha terdesak untuk kekal relevan dalam arena politik tanahair, kata Naib Ketua Armada BERSATU Malaysia, Ceasar Mandela Malakun.

Menurut beliau, ianya agak lucu memandangkan bahawa parti pembangkang negeri tersebut tidak pernah bersuara mengenai isu berkenaan sehinggalah baru-baru ini.   

“Saya berpendapat bahawa apa yang rakyat mahu tahu ialah kenapa mereka berdiam diri ketika mereka memegang tampung kepimpinan sebelum ini, walaupun dalam tempoh masa yang pendek. Adakah mereka takut ia akan menimbulkan kemarahan bekas perdana menteri Tun Mahathir dan parti Semenanjung yang lain? Jika bukan, kenapa baru sekarang?

“Semenjak mereka digulingkan oleh pengundi Sabah, pucuk pimpinan Warisan telah mati akal.  Sesekali, rakyat dapat mendengar mereka memberi pendapat bila sesetengah isu dibangkitkan. Mereka kini menggunakan isu Sabah keluar dari Malaysia hanya sebagai satu retorik untuk meraih sokongan. Mereka hanya “tumpang sekaki”, menurut beliau dalam satu kenyataan.    

Menurut beliau lagi, bagi kebanyakan rakyat Sabah, membaca kenyataan pucuk pimpinan Warisan mengenai isu tersebut kedengaran agak janggal dan tidak ikhlas. Majority rakyat Sabah lebih tertumpuh kepada isu keperluan hidup, ekonomi, pelajaran, kesihatan dan bukan kepada isu keberadaan negeri Sabah dalam negara Malaysia. 

Ceasar memberi kenyataan balas terhadap jurucakap parti Warisan bagi Parlimen Putatan, Mathew Yong yang telah menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengabaikan ketidakpuasan hati rakyat mengenai layanan kerajaan persekutuan terhadap Sabah semenjak lebih lima dekad. 

Mereka boleh mempolitikkan kenyataan Ketua Menteri mengikut kemahuan mereka. Tetapi rakyat tidak akan sesekali melupakan sikap berdiam diri apabila Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa meninggikan pembayaran royalti kepada negeri pengeluar minyak dan gas seperti Sabah akan “membunuh” PETRONAS.   

“Rakyat masih ingat bahaya sebelum ini, DAP Lim Guang Eng berjanji untuk memberi royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, bukan 5 peratus. Tetapi selepas memenangi PRU dan menjadi Menteri Kewangan, Lim telah memungkiri janji tersebut dengan menyuruh rakyat menunggu. 

“Rakyat masih ingat ketika Warisan merupakan parti pembangkang, mereka mendakwa kerajaan persekutuan berhutang RM1 trillion dengan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963. 

Tetapi apabila mereka memegang kuasa, dan pemimpin mereka diberi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan persekutuan, mereka terus membisu.

“Kini apabila mereka kembali sebagai pembangkang, mereka terdesak mencari isu untuk membuatkan mereka kelihatan penting. Apa isu panas yang lebih sesuai selain dari pemisahan Sabah? Mereka perlukan sesuatu untuk menarik perhatian rakyat. Tapi kenyataannya, Warisan ini berkata tidak serupa bikin. Rakyat Sabah tahu bahawa Datuk Azis hanya manis di bibir bermain kata” ujar Mandela.    

Beliau mencadangkan Mathew, bekas ahli majlis Putatan, untuk memberi fokus terhadap polisi dan pembangunan daerah Putatan, bukannya membiarkan diri dipengaruhi oleh Ketua Wira Warisan yang memainkan sentimen pemisahan Sabah untuk mendapatkan kelebihan politik dalam usaha terdesak untuk kekal relevan.

Menurut beliau lagi, rakyat Putatan akan lebih menghargai jika beliau bekerjasama dengan kerajaan untuk membangunkan kembali eknonomi di daerah tersebut yang telah terjejas akibat pandemik.  

Beliau menegaskan bahawa mudah bagi pemimpin Warisan untuk mencari kesalahan tidak berasas kerajaan yang memerintah, tetapi menutup mata terhadap kenyataan bahawa rakyat Sabah menderita ketika mereka memegang berkuasa.  

“Rakyat Sabah amat sedia maklum terhadap kegagalan dan agenda sebenar mereka sebagai kerajaan. Jika mereka tidak gagal, mereka tidak akan kalah dalam pilihan raya negeri. Meminjam frasa popular seorang mantan wakil rakyat Warisan, rakyat sudah “sick and tired” dengan telatah, retorik, dan cubaan mereka berkali-kali untuk mengaburkan rakyat dengan kenyataan populis murahan yang menyebabkan calon-calon mereka kalah teruk dalam PRN Sabah baru-baru ini,” kata beliau.  

Mandela menambah bahawa cadangan Ahli Parlimen dari Warisan, Aziz Jamman untuk negeri Sabah berpisah dari kerajaan Persekutuan, agak aneh, selepas mendakwa peruntukan bagi negeri tersebut dalam Belanjawan 2022 sebagai tidak adil, serta isu janji yang tidak ditepati dalam Perjanjian Malaysia 1963.   

“Azis adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan. Kenapa beliau tidak berkata begini apabila Lim Guan Eng mungkir janji dan bila Tun Mahathir mengeluarkan kenyataan mengenai Petronas? Adakah adil perlakuan dan kenyataan mereka terhadap Sabah? Adakah peruntukan kerajaan PH kepada Sabah tidak bersifat diskriminasi? Jadi kenapa beliau berdiam diri ketika itu? Adakah kerana beliau berterima kasih kerana dijadikan Timbalan Menteri dan menikmati segala kemudahan beserta jawatan tersebut?,” soal beliau.

Jelas sekali, orang seperti Azis dan Mathew hanya memainkan sentimen pemisahan sekarang kerana terdesak untuk menampakkan diri mereka dan Warisan relevan kepada rakyat Sabah. Ini adalah kelakuan yang sangat tidak bertanggungjawab untuk mengeksploitasi rakyat. 

Mereka seolah-olah tidak peduli mengenai akibatnya, asalkan mereka capai agenda mereka yang mementingkan diri mereka sendiri,” menurut beliau. 

Setelah mereka merampas kuasa kerajaan persekutuan pada 2018, Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM5 bilion dan RM4.3 bilion kepada Sabah dan Sarawak secara berasingan dalam Belanjawan 2019, jumlah yang lebih rendah dengan Belanjawan 2022 yang diumumkan baru-baru ini. 

Beliau berkata bahawa beliau boleh memahami sentimen Sabah meninggalkan kerajaan persekutuan, tetapi terdapat cara yang lebih matang dan realistik untuk menyelesaikan apa-apa permasalahan.

“Penandatangan Memorandum Persefahaman di antara pihak kerajaan dan blok pembangkang  September lepas bagi memperkukuhkan kestabilan politik melalui kerjasama bipartisan merupakan salah satu titik tolak bagi menyatukan kesemua pemimpin politik untuk bekerjasama, termasuk perkara yang menjadi kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak. 

“Namun Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal menyangkal perkara ini ketika berucap di Parlimen, dengan mengkritik tindakan Pakatan Harapan menandatangani Memorandum Persefahaman dengan kerajaan bagi usaha-usaha pembaharuan, termasuk menurunkan usia layak mengundi kepada 18 tahun, menghadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal, memperkenalkan akta anti lompat parti, dan rancangan mengawal pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi, serta perbicangan lanjut mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan penubuhan sebuah jawatankuasa pemandu,” ujar beliau.     

Beliau menambah bahawa bantahan Shafie terhadap Memorandum Persefahaman tersebut, yang diseru oleh veteran DAP Lim Guan Eng untuk semua parti pembangkang  termasuk Pejuang dan parti pro-tem Muda untuk tandatangani, jelas membuktikan bahawa Warisan  tidak berminat menyelesaikan isu yang   melibatkan kehidupan dan masa  depan rakyat,  biar pun ia memerlukan genjatan politik.  

“Mereka hanya berminat memperjuangkan agenda politik mereka yang mementingkan diri sendiri. Ianya sampai ke tahap membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah dan menggesa pilihan raya mengejut di Sabah, sama sekali mengabaikan realiti bahawa dunia berada dalam  keadaan pandemik yang membimbangkan – sebuah parti politik yang sanggup mati di gelanggang, tapi realitinya kehidupan rakyat menjadi taruhan. Berdasarkan pemerintahan mereka yang hanya sementara, rakyat Sabah peka terhadap agenda mereka yang tersembunyi, dan rakyat Sabah sememangnya amat “sick and tired” dengan tindak-tanduk Warisan,” kata beliau.