31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

WARGA SK SAGIBAN HARGAI JASA USTAZ JAUDIN DAN CIKGU SUFFIAN

Gamba: (5 dari kiri) Fred, (kanan) Ustaz Jaudin dan Mohd. Suffian (2 dari kanan)

RANAU: Jasa dan pengorbanan mantan Guru Besar, Ustaz Jaudin Kotinggi dan cikgu Muhamad Suffian Samsir sepanjang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sagiban akan tetap dikenang selamanya oleh warga sekolah.

“Kami menghargai komitmen dan semua pengorbanan yang terpahat dalam sejarah sekolah ini sepanjang tuan-tuan bersama sama kami dalam melaksanakan tanggung jawab di sekolah ini. Kami juga mohon beribu kemaafan jika sepanjang kita bersama di sekolah ini, kami telah mencuit atau menggores hati tuan-tuan,” demikian antara kata-kata Guru Besar SK. Sagiban, Fred B.P. Jaumis ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Persaraan, Perpisahan, Sambutan Guru Baharu dan Sambutan Hari Raya yang diadakan di Dewan Terbuka SK. Sagiban baru-baru ini.

“Pengorbanan seorang guru sebagai pendidik tanpa jemu tidak akan pernah terbalas. Sebagai pengurus sekolah, guru besar berperanan menyusun dan mengurus sumber-sumber yang ada di sekolah agar berjalan dengan betul dan teratur. Guru dan pemimpin sekolah merupakan penggerak utama di peringkat sekolah untuk menentukan kemenjadian pelajar. Justeru mereka perlu dihargai sebaik mungkin dan jasa mereka sebenarnya tidak mampu kita balas. Hanya yang termampu kita lakukan ialah mengadakan majlis seperti ini sebagai simbol penghargaan jasa buat mereka,” katanya.

Pelajar (pemenang johan mangagung daerah) turut menyerikan suasana

“Bagi mantan Guru Besar, Ustaz Jaudin, kami warga SK. Sagiban mengucapkan selamat bersara. Untuk Cikgu Mohd. Suffian, mantan Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini yang dilantik sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK. Nalapak, kami ucapkan selamat bertugas di tempat yang baharu,” katanya.

Turut diraikan pada majlis itu ialah mantan Guru Besar, Awang Jaludin Sabudin (Guru Besar SK. Gana-Gana), Salis Gimbu, Yizzar Effendy Gimik dan Ustazah Anis Sofia.

Hadir sama ialah Sinusi Ganir, Pegawai Sektor Hal Ehwal Murid merangkap Pegawai Angkat SK. Sagiban dan Ladius Machi, Pegawai Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN