Tan Eng Sing (kanan) memerhati salah seorang penerima vaksin.
RANAU: Semakin berkurangan orang ramai ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Ranau, bukan bermakna tiada kesedaran penduduk terhadap kepentingan imunisasi vaksin, tetapi keadaan itu membuktikan masyarakat Ranau dan Kundasang sudahpun melengkapkan suntikan dos pertama dan dos kedua lebih awal untuk memutuskan penularan Covid-19.
Mereka yang sempat ditemui memberitahu, ramai dikalangan mereka sudahpun melengkapkan suntikan dos kedua sejak September lagi.
“Hanya mereka yang lewat menerima jadual melalui aplikasi Mysejahtera sahaja yang masih berduyun-duyun datang ke PPV di sini untuk menerima vaksin”, jelas Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB), Tan Eng Sing.
Beliau menyeru mereka yang masih belum divaksin supaya datang ke PPV yang di sediakan sebagai langkah mengekang jangkitan Covid-19 yang kini belum berakhir.
Menurutnya lagi ramai yang tidak datang ke PPV dewan Masyarakat Ranau kerana program ‘Outrich’ sudah bergerak-aktif ke lokasi-lokasi kawasan pedalaman untuk memberi suntikan kepada penduduk yang tinggal jauh dari kawasan pekan.
Tinjauan penulis hari ini (1 Oktober) seramai 71 orang penerima vaksin dos 2 dan 500 orang disediakan untuk program ‘Walk In’.
           Â