26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga pendidik diseru menjadi insan berinovasi dan kreatif

TAHNIAH…. Pengetua SMK Rancha-Rancha, Yahya Ahmad Puteh (dua kanan)  menerima sijil APC daripada Raisin


LABUAN: Warga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan diseru untuk melipat gandakan usaha melatih diri  agar menjadi insan yang berinovasi dan kreatif disamping mempraktikan  budaya berfikir diluar kotak kebiasaan.


Demikian seruan oleh Timbalan Pengarah Kanan Sektor Perancangan dan Pengoperasian Pendidikan,  Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Raisin Sidin  ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Perkhidmatan (APC) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan di sini, pada Sabtu yang baru lalu.


Beliau berkata, budaya kreatif dan berinovatif perlu ditingkatkan agar budaya kerja berproduktiviti tinggi dapat dirancanakan dalam melahirkan insan berkualiti dan serba boleh.


“Jadilah seperti benih yang baik jika dicampak ke laut  menjadi mutiara  dan jika dicampak ke  angkasa menjadi kejora yang bersinar” katanya.


Selain mengucapkan tahniah dan syabas  kepada penerima, beliau juga menyifatkan mereka merupakan antara tangan tangan yang berjaya membentuk keperibadian  dan kemanjadian insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


“Saya juga berharap agar budaya dan momentum kecemerlangan ini akan dapat diteruskan dan menjadi teras kepada budaya kerja cemerlang dan berintegriti demi kemanjadian anak-anak bangsa kita dan kemajuan negara” katanya.


Pada majlis itu seramai 127  orang  yang terdiri daripada warga Jab atan Pendidikan dan juga Kolej Vokasional Labuan menerima anugerah tersebut.


Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Khaziyati Osman, Ketua Penolong Pengarah dan Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri serta para  Pengetua dan Guru Besar Sekolah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN