27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga pekan Kundasang, para peniaga rakam terima kasih kepada Jonathan.

Oleh: Salwah Aramat

KUNDASANG : Warga pekan di sini, khususnya para peniaga sayur-sayuran segar tanah tinggi dan buah-buahan tempatan merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jonathan Yasin kerana telah mengagihkan bantuan berupa alat Penutup Hidung dan Mulut (Mask) serta Pembasuh Tangan ‘Senitizer’ baru-baru ini.

Agihan peralatan itu, adalah untuk dimanfaatkan para peniaga sayuran dengan memakai alat tersebut selaras dengan saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak daripada jangkitan wabak Covid-19 yang menular di seluruh dunia ketika ini.

TERIMA KASIH..Sebahagian peniaga ucap terima kasih kepada Jonathan.

Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau mengharapkan agar sumbangan peralatan tersebut dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta ‘Duduk Diam Di Rumah’ bersama keluarga masing-masing bagi membendung penularan Coronavirus pada musim ini.

“Saya amat berharap, seluruh warga Ranau dan Kundasang khususnya para peniaga sayuran dan buah-buahan tempatan agar memakai mask, kerap membasuh tangan dan yang paling utama adalah patuhi arahan PKP”, jelas Jonathan ketika mengagihkan peralatan tersebut.

Terdahulu, Pengerusi Penjaja Peniaga Sayur Tempatan Bumiputra (PPPSTB) Kundasang, Mariana Binti Taliban turut merakam setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jonathan diatas keprihatinan beliau untuk memberi bantuan seumpama itu demi kebaikan bersama.

“Saya selaku PPPSTB Kundasang, mewakili para peniaga di Gerai Kios pekan ini mengucapkan setinggi terima kasih dan berbangga kepada Jonathan kerana keprihatinan beliau turun padang memberikan bantuan seperti Mask dan Pembasuh tangan yang sememangnya kami harap-harapkan”, tambah Mariana. –TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN