28 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 8, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga Labuan diseru Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025

Simsudin melancarkan secara simbolik Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025

LABUAN: Warga Labuan diseru mengibarkan Bendera Wilayah Persekutuan sebagai tanda patriotik sempena Hari Wilayah Persekutuan yang disambut pada 1 Febuari setiap tahun.

Seruan itu ditekankan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek ketika berucap melancarkan Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 peringkat Labuan di Plaza Berpayung Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.

Simsudin berkata kempen Kibar Bendera Wilayah yang dilancarkan serenrak di tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bertujuan untuk menyenaraikan semangat cintakan Wilayah Persekutuan disamping memperkukuhkan kebersamaan kalangan rakyat khususnya di tiga Wilayah Persekutuan.

“Selain itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan semangat kesedaran kepada penduduk Wilayah Persekutuan khususnya di Labuan terhadap Bendera Wilayah Persekutuan yang menjadi simbolik penyatuan tiga Wilayah Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya” katanya.

Kempen yang berlangsung bermula Januari hingga Febuari 2025 telah menyediakan pelbagai program yang melibatkan warga Labuan antaranya, Program Pencahayaan bandar Labuan, penanaman pokok, gotong royong, forum Perdana, Karnival Wilayah dan aktiviti berbasikal.


Terdahulu Simsudin melepaskan acara Labuan Fun Walks 3 km dan Penyerahan Bendera Wilayah kepada Jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN