22 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Warga Labuan diseru berganding bahu dalam memacu pembangunan Labuan yang lebih mampan

Anifah beramah mesra bersama kakitangan Jabatan Kerajaan yang hadir padaajlis tersebut.

LABUAN: Warga Labuan diseru berganding bahu dalam memacu Labuan sebagai sebuah pulau yang mampan, maju dan sejahtera.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Tan Sri Anifah Aman berkata kerjasama semua pihak amatlah diperlukan dalam memacu Labuan sebagai sebuah pulau yang mampan, maju dan sejahtera.

“Semua pihak bertanggung jawab dalam usaha memajukan Labuan dan mensejahterakan Labuan khususnya dalam pembangunan infrastruktur dan sosio ekonomi” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pengerusi Perbadanan Labuan yang diadakan di hotel Lazenda di sini, pada Isnin.

Pada masa yang sama beliau turut memberi penekanan kepada jabatan dan sgensi pelaksana termasuk Perbadanan Labuan sendiri supaya sentiasa memastikan kesediaan masing masing dalam mencari kaedah yang lebih berkesan dalam memudah cara urusan dan perkhidmatan kepada rakyat termasuk pelabur.

“Segala input yang diperolehi melalui sesi libat unrus yang telah dilaksanakan hendaklah diambil kira dalam melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan pihak pihak yang yang lain” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib yang turut berucap pada majlis itu berkata Perbadanan Labuan telah mengariskan lapan projek baharu melalui Rancangan Struktur Labuan 2030.Katanya, antara lapan projek berkepentingan utama itu melibatkan projek kelengkapan bekalan air, menaik taraf dan menyelengara Sistem Agihan Bekalan Aiir, memperluaskan liputan telekomunikasi duuan menambah destinasi penerbangan domestik dan antara bangsa.

“Selain itu mewujudkan pelabuhan bersepadu, cadangan untuk pembangunan bandar punggir air di bahagian Timur Labuan, cadangan pembinaan empangan pesisir Pantai Sungai Ganggarak dan Rancangan pembinaan jambatan ikonik Labuan” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek, mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Ahli Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan, Ketua Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN