28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Warga emas maut dirempuh kenderaan pacuan empat roda

Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu wanita tempatan

PENAMPANG: Seorang warga emas lelaki maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Pintas, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan, (DSP) Erwansyah Abdul Basir, berkata dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa berumur 61 tahun, mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1.

Sementara itu katanya, pemandu kenderaan pacuan empat roda, wanita warga tempatan berumur 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133,” katanya dalam kenayataan media, hari ini.

Dalam pada itu, DSP Erwansyah turut menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan ketika melintas jalan.

Beliau juga meminta orang ramai tidak menularkan sebarang imej atau klip video di tempat kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN