24.9 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

WARGA EMAS KURANG UPAYA LAHIR RASA TERHARU

Robert menyampai sumbangan kewangan kepada Puan Aminah.

BINGKOR : Warga Emas Kurang Upaya Penglihatan, Puan Aminah Aranting melahirkan rasa terharu dan gembira apabila menerima ziarah Wakil Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik ke kediaman beliau di Kampung Kumawanan Baru.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor itu turun padang melalui Program Outreach dengan kolaborasi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Keningau singgah mengadakan lawatan ke Kg Kumawanan Baru untuk menyerahkan Katil Boleh Laras (Hospital Bed) kepada Puan Aminah seorang warga emas kurang upaya penglihatan yang memerlukan.

Pada ziarah itu, Robert yang juga merupakan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah turut menghulur sedikit bantuan dalam bentuk kewangan dan bakul makanan bagi meringankan sedikit bebanan keluarga berkenaan sambil meluangkan masa untuk menyantuni Puan Aminah yang sangat berbesar hati menerima kunjungan Robert.

Hadir sama menjayakan program, Penolong Pengarah Pejabat Kebajikan Keningau Tuan Ag.Shahril Karim bersama pegawai dan kakitangannya, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N40 Bingkor Tuan Junior Fred ,Pegawai Pembangunan Masyarakat N.40 Bingkor Tinus Majip bersama Kakitangan UPPM DUN Bingkor, Kakitangan Pejabat ADUN, Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah DUN Bingkor dan AJK Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku – StarSabah DUN N.40 Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN