Ailinda (kiri) bersama rakannya Roslia.
RANAU: Warga akar umbi daerah ini mengharapkan agar Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin dapat dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan.
Ramai warga Ranau yang sempat ditemui, mengharapkan supaya Datuk Jonathan diberi peluang menganggoti Kabenit Malaysia untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab diperingkat persekutuan dan negeri khususnya kawasan P.179 Ranau.
Datuk Jonathan, calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih 22,606 undi dengan majoriti 11,092 undi menewaskan empat calon lain pada PRU-15 yang lalu, turut mendapat ucapan tahniah dan pujian daripada para Pengundi Muda (PM) di kawasan Parlimen Ranau.
“Kemenangan Datuk Jonathan itu memang sudah dijangka memandangkan kepimpinan dan kewibawaannya yang cukup Prihatin dan peka terhadap kekangan rakyat serta banyak membantu lapisan masyarakat tanpa mengira agama, kaum, usia dan idologi politik”, jelas mereka,
Dua pengundi muda, Cik Ailinda Binti Kimaran 23, anak ke-3 daripada 9 orang beradik dari Kg.Nampasan dan Cik Roslia Binti Malangkin 20, seorang anak tunggal dari Kg.Tiang Baru mengucap syabas dan tahniah atas kejayaan Jonathan yang mereka sifatkan sebagai seorang pemimpin yang ‘Prihatian dan Berjiwa serta Pejuang Rakyat’ banyak membantu golongan tidak berkemampuan terutama golongan ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), Anak Yatim, Pesakit Telantar, BapaTunggal dan banyak lagi.
Menurut mereka, Datuk Jonathan juga membantu membiayai kos perubatan pesakit penduduk Ranau yang menerima rawatan perubatan di hospital kerajaan sejak Januari 2021.
“Penduduk akar umbi di daerah Ranau amat menghargai segala sumbangan Datuk Jonathan itu selain bantuannya melaksanakan projek- projek infastruktur untuk rakyat”, jelas Ailinda sependapat Roslia ketika ditemui di pekan Ranau pagi tadi.
Mereka mengharapkan supaya Datuk Jonathan mendapat perlantikan jawatan di kementerian peringkat persekutuan, membolehkannya menabur khidmat bakti menerusi peruntukan kewangan yang ada kepada rakyat Ranau khasnya dan di Sabah amnya.