25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

WANITA PGRS SANTUNI PESAKIT KRONIK

Redonah bertanya khabar dengan keluarga yang dilawati.


MANGGATAL: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sempena menjelang Hari Krismas, Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) telah mengadakan lawatan di Kampung Kaliangau Manggatal semalam.

Lawatan itu dihadiri Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda bersama Ketua Wanita PGRS bahagian Inanam Meilin Medusin serta ahli jawatankuasanya.

Redonah berkata sepertimana perayaan-perayaan lain contohnya Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru China, dan kali ini golongan kurang bernasib menerima sumbangan sempena Krismas.

Kenangan…Redonah bergambar kenangan dengan jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat Inanam.

Beliau berkata, sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sebagai tanda ingatan dan tanggungjawab kepada golongan tersebut.

Katanya, sebagai masyarakat yang merayakan pelbagai perayaan, golongan-golongan itu biasanya tidak akan dilupakan supaya mereka juga dapat meraikan Krismas seperti orang lain.

Beliau telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Petrus Ayang, 62 tahun
pesakit kronik daripada Kampung Keliangau Manggatal.

Sumbangan berupa barangan makanan dan perhiasan Krismas untuk keluarga tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN