PALSU…laporan konon di samun di dalam sebuah tandas restoran adalah palsu
LABUAN: Seorang wanita tempatan yang hamil lima bulan bakal berdepan dengan tindakan undang-undang, apaibla tergamak membuat laporan palsu kononnya disamun oleh dua lelaki dalam sebuah tandas resturan menyebabkan kerugian sebanyak RM5,500.
Pada Selasa lalu wanita berusia 33 tahun itu membuat lapotan polis mengalami kerugian sekitar RM 5,500 selepas wangnya berjumlah RM4,000 bersama rantai lehenya bernilai RM1,500 diragut dalam kejadian samun oleh dua lelaki yang ridak dikenali.
Namun apa yang berlaku sebaliknya, wang RM4,000 milik suaminya itu telah digunakan untuk aktiviti perjudian dalam telipon, mnakala kecederaan yang dialaminya adalah akibat terjatuh sendiri ketika berada dalam tandas resturan berkenaan.
Semua ini terbongkar apabila polis membuat siasatan berkaitan laporan wanita berkenaan yang kononnya baru sahaja mengeluarkan wang RM4,000 dari sebuah mesin juru wang tidak berlaku, sebaliknya wanita itu hanya memasukan sejumlah wang.
Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, berdasarkan laporan awal yang dibuat oleh wanita itu, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan menubuhkan pasukan operasi khas untuk mengesan dua suspek yang didakwa masih bebas.
“Hasil daripada siasatan lanjut polis mendapati tiada sebarang transaksi pengeluaran wang oleh wanita berkenaan, sebaliknya hanya memasukan sejumlah wang ke dalam sebuah bank”, katanya dalam kenyataan media, kelmarin.
Berikutan siasatan itu, akhirnya wanita berkenaan mengaku kecedraan yang dialami akibat terjatuh sendiri ketika berada dalam tandas, manakala wang RM4,000 milik suaminya yang dilaporkan disamun sebenarnya lesap akibat pertaruhan judi dalam talian.
Muhamad Farid berkata, wanita tu boleh didakwa di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 6 bulan, atau denda RM 2,000 atau kedua-duanya sekali.
“Perbuatan memberi keterangan palsu boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh sampai enam (6) bulan, atau denda boleh sampai dua (2) ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali.
Dalam waktu yang sama, Muhamad Farid menggesa orang ramai supaya menghentikan sebarang bentuk penyebaran berita, artikel, kenyataan yang tidak sahih atau tidak tepat yang boleh mendatangkan perasan takut atau kegusaran awam. –https://borneodailybulletin.com/