32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Wak Kiman Campsite perlukan sokongan dan bantuan kerajaan

SERONOK… Rozman (dua dari kanan) bersama Sukimin (kiri sekali) ketika meninjau persekitaran Wak Kiman Campsite, Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif ASB Sdn.Bhd. Noor Halim Datuk Zaini (kiri sekali)

LABUAN: Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, Wak Kiman Campsite yang berpotensi  dibangunkan sebagai tarikan  baharu pelancong perlu sokongan dan bantuan  kerajaan untuk menambah baik infrastruktur yang sedia ada.

Beliau berkata, kerajaan perlu memberikan sokongan dan bantuan  bagi memastikan Wak Kiman Campsite

yang diusahakan oleh sebuah keluarga anak jati tempatan bukan sahaja menjadi realiti tetapi juga sebagai usaha kerajaan membantu usahawan berskala kecil dalam  bidang-bidang yang mereka terokai dan ceburi.

“Kita dapati ramai usahawan  berskala kecil  di pulau ini  yang berpotensi untuk berkembang maju, namun terhalang kerana  kurangnya sokongan dan bantuan dalam  menyediakan    infrastrutur yang diperlukan.

“Pelbagai penambahbaikan boleh  dilakukan selain menaik taraf kemudahan asas bagi keselesaan orang ramai yang akan berkunjung di sini dan saya lihat kerajaan perlulah bantu”  katanya.

SANTAI… ahli keluarga  Sukimin    sedang bersantai  di salah satu lokasi Wak Kiman Campsite.

Beliau berkata demikian selepas  melihat dan  meninjau   lokasi Wak Kiman Campsite, Tanjong Kubong yang berpotensi untuk dijadikan sebagai ekopelancongan yang mampu menarik pelancong  khususnya generasi muda.Wak Kiman Campsite  yang baru sahaja di viralkan di media sosial sejak beberapa minggu lalu oleh salah seorang pengusahanya Sukimin Wakiman   sememangnya mempunyai daya terikan  dan keunikan tersendiri  dari segi ekosistem dan biodiversiti.

Menurut Sukimin, masih banyak lagi kekurangan fasiliti yang perlu dilengkapkan,  namun ia memerlukan modal yang agak besar.

CAMPING…. Salah satu kawasan  tempat perkhemahan (camping) c yang disediakn di Wak Kiman Campsite.

Justeru itu Sukimin  berharap kerajaan melalui agensi yang berkaitan dapat membantu  untuk menambah baik fasiliti yang terdapat di kawasan tersebut.

Antara yang menarik di Wak Kiman Campsite ini ialah tempat riadah sesisi keluarga  disamping terdapat pemandangan matahari terbit   pada waktu fajar meyingsing dan panorama alam  dan pantai  yang menarik  menghadap ke tanah besar Sabah.

Ia juga sesuai  untuk melakukan  aktiviti separuh lasak seperti  mendaki bukit, berbasikal, memancing dan  aktiviti perkhemahan  (camping)  bersama keluarga atau bersama rakan-rakan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN