George (kiri) dan Mah (kanan) ketika PJRM di Kg Talungan.
KOTA KINABALU:Pengunjung Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) diingatkan supaya memuat turun aplikasi eCOSS bagi melayakkan pembelian minyak masak bersubsidi.
Penolong Pegawai Pelaksana PJRM, George Thomas, 36, berkata penggunaan aplikasi eCOSS diwajibkan bagi merekod setiap transaksi pembelian minyak masak bersubsidi oleh pengguna di semua lokasi jualan.
“Aplikasi ini diperlukan sama ada di PJRM bergerak atau premis untuk pembelian minyak masak paket sekilogram di bawah pelaksanaan sistem kawalan baharu.

George (kiri) menyelia kakitangannya mengatur jualan PJRM.
“Kegagalan menggunakan eCOSS akan menyebabkan urusan pembelian minyak masak bersubsidi tidak dibenarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Satelit Khas Kenduri Rakyat MADANI di Kampung Talungan, pada Sabtu.
Sementara itu, Penyelia PJRM, Mah Min Hui, 51, berkata program berkenaan menawarkan 70 barangan keperluan asas pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

Pembeli di PJRM mengimbas eCOSS sebelum membuat pembelian minyak masak.4.
“Antara barangan ditawarkan termasuk makanan asas seperti telur, minyak, mi segera dan biskut.
“Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah sekitar 20 hingga 30 peratus berbanding kedai runcit biasa,” ujarnya.
Aplikasi eCOSS merupakan sistem pemantauan digital yang dibangunkan bagi merekod pembelian minyak masak bersubsidi serta membantu pemantauan kuota oleh peruncit dan pihak berkuasa.



