ADVERTISEMENTspot_img

PLANTASIA 4.0: Menyatukan Mahasiswa UMS & UiTM Demi Kelestarian Alam

Gambar kenangan di SFERA UMS


KOTW KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kokurilum dan Pemajuan pelajar (PKPP) memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar bertemakan ‘Planetary Health’  dalam program PLANTASIA 4.0.

Program yang dijayakan bersama oleh 57 orang mahasiswa masing-masing dari UMS dan Universiti Teknolohi MARA (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu berjaya menanam 20 buah anak pokok yang terdiri daripada  tongkat ali, rambutan dan nangka di kawasan kampus UMS iaitu di Tapak SFERA UMS. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pokok  yang ditanam sejak tahun 2023 ialah sebanyak 80.

Peserta sedang mengenali pokok


PLANTASIA 4.0 yang dibimbing jurulatih Dr. Mohd Juhar Harun itu  mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Fakulti Perhutanan Tropika UMS, Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika, Pertubuhan Idealis Anak Sabah (IDEALIS), Eco Shop, Roti Rosemary Sdn. Bhd, Nasi Lapar 7Ken, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Pelajar Program Perladangan UiTM.

Selain penanaman pokok, sesi simulasi penanaman pokok, sesi perkongsian kepentingan pelestarian alam sekitar, ekspresi kempen bumi hijau, kuiz PLANTASIA dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK), “Sketch Green in the Future” turut menjadi pengisian  PLANTASIA 4.0.

Manakala Dr. Mohd Juhar Harun, Jurulatih dan penyelaras program UMS, menekankan bahawa program PLANTASIA 4.0 ini  bukan sahaja berkait dengan penanaman pokok, tetapi juga pembangunan kemahiran insaniah mahasiswa.  Sesi ceramah telah disampaikan oleh Saudara  Mohammad Mahaadillah Ajid, Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan Tropika tentang spesie,  peranan dan fungsi pokok kepada hutan dalam alam sekitar.

Pengarah PLANTASIA 4, mahasiswi tahun satu Ivy Avreal Amir, menyatakan bahawa program ini memberi pengalaman dan  peluang besar kepada mahasiswa untuk mengasah kepimpinan dan kemahiran komunikasi. 

Dr. Juhar- Jurulatih


“Kami bukan sahaja belajar tentang alam sekitar, tetapi juga bagaimana mengurus program berskala besar, bekerjasama dengan rakan UiTM, dan berinteraksi dengan komuniti serta penaja. Ia pengalaman yang sangat berharga,” katanya.

 Saudara Mohd. Eryan yang merupakan Naib Yang Dipertua Mahasiswa UiTM pula berpendapat  bahawa kerjasama antara UMS dan UiTM dalam Program PLANTASIA 4.0 membuktikan bahawa isu kelestarian adalah tanggungjawab bersama semua mahasiswa, “Kami belajar untuk menghargai alam sambil membina jaringan persahabatan”, ujarnya. 

Pengarah PKPPUMS  Prof. Madya Dr. Jurry Foo semasa merasmikan penutupan program tersebut menekankan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan dalam usaha menjaga bumi dan membina masa depan yang lestari.

Beliau berharap kerjasama antara mahasiswa UMS dan UiTM dapat terus dikekal dan dipeluas. Menurut beliau lagi, program ini akan terus berkesinambungan dengan sasaran menambah bilangan pokok ditanam setiap tahun, sekali gus menyumbang kepada kelestarian alam dan kesejahteraan kampus ‘The Brain of Borneo’.
 
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN