25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

VUFC A juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Terbuka Sipitang 2024

JUARA…Roslan (tiga dari kanan) bersama pemain VUFC A.

LABUAN: Pasukan VUFC A menjuarai Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Terbuka Esplanad Sipitang 2024 kategori bawah 16 tahun yang diadakan di padang SK Pelakat baru baru ini.

Pada kejohanan itu, pasukan VUFC bawah 16 tahun dinobat juara selepas menewaskan pasukan BKL Beaufort menerusi sepakan penalti untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 serta medal.

Manakala pasukan BKL Beaufort menerima hadiah wang tunai RM700 serta medal.Selain muncul juara dua pemain pasukan itu dinobatkan sebagai pemain terbaik dan penjaga gol terbaik kejohanan masing masing dianugerahkan kepada Muhammad Nikwan Messi Rezzki (pemain terbaik) Dan Adib Ahfan Azman (penjaga gol terbaik).

Kejohanan yang diadakan sebagai penutup tirai tahun 2024 itu telah disertai sebanyak 36 pasukan melibatkan kategori bawah 9 tahun, bawah 12 tahun dan bawah 16 tahun.

Sementara itu Presiden Victoria United Football Club (VUFC), Roslan Haji Kario berkata, pada kejohanan itu VUFC telah menghantar 4 pasukan bawah 16 tahun, bagaimanapun tiga pasukan gagal mara ke peringkat akhir selepas masing masing tewas di peringkat suku akhir dan pusingan ke 16.

Bagaimanapun beliau bersyukur salah satu pasukannya yang juga menjadi pasukan utama VUFC membuktikan kehebatan mereka untuk muncul juara sekaligus mengembirakan peminat dan Penolong VUFC yang turut menyaksikan perlawanan tersebut.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga pemain yang sama sama memberikan sokongan padu kepada anak anak mereka yang beraksi pada kejohanan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN