ADVERTISEMENTspot_img

PEJALAN KAKI WARGA ASING MAUT DILANGGAR KERETA DI PENAMPANG

TERBARING…Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian

PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing berusia 81 tahun maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika dipercayai sedang melintas Jalan Penampang-Kota Kinabalu berhampiran Penampang Baru, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang dan membabitkan mangsa dengan sebuah kereta yang dipandu lelaki tempatan berusia 66 tahun.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang melintas jalan ketika kemalangan berlaku.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sammy berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-809 5133 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN