24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 9, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Virus COVID-19 sudah berada dalam komuniti, makin ramai dijangkiti.

KOTA KINABALU: Virus COVID-19 kini menular dengan mudah dan sudah berada dalam komuniti. Ini bermakna makin mudah dan makin ramai orang akan dijangkiti.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, berkata saringan secara besar-besaran yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) membuktikan andaian itu.

Katanya, makin banyak saringan dibuat makin ramai kes positif baharu yang ditemui.

“Dahulu, jangkitan adalah ‘localised’ dan jumlahnya tak banyak. Namun kini Kontak Rapat sudah menjadi kumpulan tertinggi kes harian, 60% pada 30 Julai 2021. Kontak Rapat ini pula ada jaringan kawan-kawan mereka sendiri (circle of friends),

“Mereka mungkin telah menjangkiti kawan-kawan mereka yg lain pula. Ini mengakibatkan bilangan kes harian berganda, yakni kesan ‘multiplier effect’. Hasilnya bilangan positif baharu semakin naik kerana semakin luas medan saringan yang perlu dibuat oleh JKNS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Masidi yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, berkata apabila virus COVID-19 sudah berada dalam komuniti, ‘lockdown’ bukan lagi kaedah yg berkesan untuk mengekang penularan.

Menurutnya, setiap daripada kita secara tak sedar berkemungkinan sudah menjadi pembawa virus, tanpa mengira sudah divaksin atau belum.


Everyone of us is now a potential virus carrier. Kita boleh menjangkiti orang-orang disekeliling kita walaupun kita berada dalam suasana lockdown atau tinggal di kawasan dibawah PKPD.

“Dulu lockdown adalah kaedah yg berkesan kerana jangkitan berlaku dalam kawasan yg terhad atau ‘localised’. Sekarang jangkitan berada dalam komuniti.

Lockdown atau PKPD secara berterusan hampir melumpuhkan ekonomi kita. Banyak syarikat golong tikar atau rugi besar. Ramai penduduk kita hilang punca pendapatan dan sekarang bergantung kepada bantuan Kerajaan.

“Mereka mahu berkerja semula untuk menyara keluarga mereka. Kemampuan Kerajaan untuk terus memberi bantuan dan subsidi sudah terhad. Kita perlu mengimbangi hidup dan kehidupan. We have to balance lives and livelihood. Dan ini tidak boleh dibuat dgn pendekatan lockdown atau PKPD semata mata,” jelas Masidi.

Beliau juga berkata, kunci melawan dan mengurus pandemik yang semakin meruncing ini ialah pematuhan SOP dan meningkatkan kadar vaksinasi dikalangan penduduk.

Menurutnya, kapasiti JKNS untuk memberi vaksin sudah sampai ke tahap 50 ribu dos sehari dan akan dipertingkatkan lagi hingga ke sekitar 60 ribu dos sehari bergantung kepada stok vaksin kita.

“Rakyat sudah agak lesu dalam keadaan ‘terkurung’ dan mungkin sudah agak lalai mematuhi SOP. Justeru pematuhan SOP secara total membantu kita mengelak dapada dijangkiti.

“Vaksinasi memberi kita ‘kekebalan’ daripada jangkitan virus sehingga 90%. Kita masih boleh dijangkiti tetapi kesannya ringan (mild) dan tidak memerlukan rawatan hingga masuk ke hospital. It’s not life threatening,”

“Strategi pendekatan kita seterusnya berasaskan perkara-perkara yang telah dinyatakan diatas. Lockdown semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah kes jangkitan yang semakin bertambah. Ia sekadar satu kaedah dan bukan satu-satunya jalan keluar daripada jangkitan yang bertambah. Dulu kita tidak ada pilihan lain selain daripada lockdown kerana vaksin belum ada,” tambahnya.

Masidi juga berkata, peningkatan kadar vaksinasi dikalangan penduduk Sabah bagi membolehkan rakyat mencapai kelompok imuniti dan penguatkuasaan pematuhan SOP secara berkesan terbukti lebih berkesan menurunkan jumlah jangkitan setiap hari dalam suasana jangkitan yang sudah berubah.

Jelas Masidi, pendekatan ini sudah terbukti berkesan. Apa yang perlu ialah bekalan vaksin yang cukup dan jadual penghantaran yang tidak terganggu.
 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN