Ahli rombongan PVKMS Kudat merakam gambar bersama Robert (tengah) selepas penyerahan sumbangan.
KUDAT: Veteran Komando, Robert Mogub melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS) kerana memberi sumbangan khairat kematian kepada ibu tersayangnya di kampung Longgom, di sini baru-baru ini.
“Terima kasih atas sumbangan yang bermakna ini yang akan kami gunakan untuk pengurusan jenazah,” jelas Robert.
Mendiang Luminzi Lumintong meninggal akibat sakit tua. pada 30 Disember 2021 di Kampung Longgom Besar, Kudat.
Sumbangan wang tunai RM 2,080.00 daripada kutipan amal prihatin daripada Ahli Group Whatapp PVKMS, yang penyerahan sumbangan disempurnakan Ketua PVKMS Zon Kudat, Amir Kahar Sarghi.
Amir Kahar, ketika ditemui memberitahu bahawa, adalah menjadi tanggungjawab persatuan untuk menjaga kebajikan Veteran Komando dengan memberi sumbangan kepada waris atau keluarga terlibat.
Menurutnya, persatuan tidak pernah mengabaikan kebajikan veteran Komando yang telah berdaftar sebagai ahli walaupun bantuan yang dihulurkan itu tidak dapat menanggung sepenuhnya keperluan mereka.
“Sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung waris atau keluarga yang berkenaan,” tambahnya.
Turut hadir sempena penyerahan sumbangan itu ialah, Juruaudit PKVKMS Ammajud Jaud bersama Ketua Cawangan PVKMS Kudat, Maipalas dan barisan Ahli PVKMS Kudat.