ADVERTISEMENTspot_img

Veteran badminton Labuan masih menyengat di peringkat antarabangsa

engat di peringkat antarabangsaPahat bersama pingat gangsa yang dimenanginya di Kejohanan Hundred Hoo Haa International Badminton Tournament Di Tangerang Indonesia baru baru ini

LABUAN:Bagi warga Labuan, siapa yang tidak mengenali otai badminton Labuan Haji Pahat @Supangat Chalan.

Beliau yang juga merupakan ikon badminton Labuan, selain ‘super king’ badminton Labuan era 80an masih aktif menyertai pelbagai pertandingan veteran badminton di peringkat antarabangsa.

Terbaru anak keturunan Jawa Labuan ini sekali lagi mencatat kemenanagan apabila berjaya memperolehi pingat gangsa acara perseorangan dan pingat perak dslam acara beregu lelaki di Kejohanan Hundred Hoo Haa Cup International Badminton Tournament 2026 yang diadakan di Tangerang Indonesia baru baru ini.

Pada kejohanan itu, beliau memperolehi pingst gangsa menefusi acara perseorangan lelaki 70 tahun ke atas setelah gagal melepasi pasukan senegara(Malaysia), Bruni Garip yang juga pasangannya dalam acara beregu lelaki.

Kekecewaan sedikit terubat apanila meraih pingat Perak bersama Bruni dalam aksi beregu apabila terpaksa tunduk kepada pasangan tuan rumah Indonesia Endang Harianto dan Hartono Susilo pada pusingan akhir acara Bergu Lelaki 70 tahun keatas.

Kejohanan tersebut yang berlangsung tiga hari itu telah menghimpunkan 3000 pemain dari 14 negara, termasuk lagenda badminton Perancis, Brice Leverdez, serta lagenda badminton Indonesia Debby Susanto, Hariyanto Arbi, Flandy Limpele dan Joko Suprianto.

Sebelum ini Haji Pahat turut mengukir nama pada Kejohanan Badminton Veteran Antarabangsa di Shenzhen China dengan memenangi tempat ketiga acara perseorangan lelaki.

Selepas ini pada 15-18 Oktober 2026 beliau akan menyertai Kejohanan Sanya Sport Center di Hainan China dan pada 27-29 Oktober beliau sekali lagi akan menyertai Kejohanan Badminton Veteran Pattaya Sawsdee Cup Thailand.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN