26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Vaksinasi secara ‘Walk-In’ te dimanfaatkan penduduk Ranau termasuk warga asing

Sebahagian  penerima suntikan vaksin jenis Cansino menerusi ‘Walk-In’ di dewan masyarakat Ranau.

RANAU: Program  ‘Walk In’  melibatkan 800 orang penerima  suntikan vaksin jenis Cansino, berakhir sehingga 7.30 malam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV)  Dewan Mayarakat di sini  semalam (31 Ogos) memberi ruang dan peluang kepada  penduduk   khususnya  mereka yang belum mendapat tarikh  janji  temu untuk menerima suntikan mengekang pandemik Covid-19 yang kini masih belum berakhir.

‘Walk-In’ tersebut telah dimanfaatkan penduduk termasuk warga asing yang bertugas di beberapa buah ladang atau kebun pertanian dan perladangan milik orang  tempatan di kawasan Kundasang dan Ranau, memberi peluang untuk menerima suntikan vaksin dos tunggal jenis ‘Cansino’ serentakkan dengan 562 orang penerima suntikan dos kedua jenis Pfizer.

Penerima vaksin ‘Cansino’ datang seawal jam 9.30 pagi beratur dalam lajur hampir setengah kilometer di laluan beratap pejalan kaki menuju PPV meskipun program itu hanya  bermula jam 11.00 pagi.

Ramai yang sempat ditemui berasa lega kerana selesai menunaikan tanggungjawab mereka menerima vaksin tunggal jenis Cansino yang tidak memerlukan suntikan dos kali kedua.

“Bagus juga vaksin Cansino tidak memerlukan  suntikan dos kedua, bukan seperti vaksin Sinovac dan Pfizer”, jelas salah seorang penerima suntikan yang  enggan namanya disiarkan.

Pegawai Perubatan Jabatan Kesihatan Ranau selaku ketua pegawai penyelaras PPV dewan masyarakat Ranau, Dr.Edwaider Koimon ketika ditemui memberitahu,  program Vaksin Cansino itu adalah terhad kepada 800 orang sahaja buat kali pertama dan akan diusahakan untuk tambahan vaksin menerusi Walk-In pada masa akan datang memandangkan masih ramai penduduk di daerah Ranau  belum mendapat tarikh jadual untuk divaksinasi. 

Sementara itu hari ini (1 September) seramai 873 orang penerima suntikan hadir menerima suntikan vaksin dos satu jenis Sanovac (400 orang) dan selebihnya adalah suntikan kedua jenis Pfizer.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN