33 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mei 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

USIA perlu perkasakan syiar Islam untuk terus relevan :Yusof Apdal

YUSOF bersama para Perwakilan USIA Bagian Labuan yang hadir dalam pertemuan tersebut.

LABUAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) perlu memperhebatkan Dan memperkasakan syiar Islam untuk kekal relevan dalam membangunkan masyarakat Islam di Sabah termasuk Labuan.


Timbalan Menteri Sains dan Teknologi (Mosti), Datuk Mohammad Yusof Apdal yang mengesahkan akan bertanding bagi jawatan Yang Di Pertua USIA pada Perhimpunan Agung USIA 7 Disember nanti berkata, USIA sebagai sebuah pertubuhan Islam yang mempunyai sejarah yang panjang dalaiim mengembangkan syiar Islam perlu lebih berani membuat penambahbaikan bukan sahaja dalam penyebaran dakwah tetapi juga dalam pengurusan dan pentadbiran.


“Niat saya bertanding jawatan Yang Di Pertua USIA selepas mendapat sokongan daripada ahli ahli USIA di peringkat bahagian adalah untuk mengembalikan semula kegemilangan USIA dengan memperkasakan semula peranan USIA khususnya dalam bidàng dakwah seperti apa yang pernah dilakukan oleh pemimpin terdahulu seperti Allahyarham Tun Sakaran Dan Tun Datuk Mustapha yang berupaya mengemudi USIA sebagai sebuah pertubuhan Islam yang disegani dan dihormati” katanya.


Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan Perwakilan USIA Bahagian Labuan di sini baru baru ini.


Yusof yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu berkata antara perkara lain yang turut diberi keutamaan jika diberi kepercayaan memimpin USIA ialah mewujudkan Pejabat USIA disetiap Bahagian supaya USIA dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada ahlinya.


Jika terpilih nanti Yusof juga bersedia untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan NGO Islam dalam memperluaskan lagi syiar Islam sambil menambah USIA tidak ada agenda politik atau kepartian, sebaliknya meletakkan keutamaan dalam mengembalikan USIA ke landasan perjuangan asal.


Sementara itu Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Mohd Ali@ Aliman Asmaran Datuk Seri Panglima Omar Bledram yang hadir bersama turut memaklumkan Naib Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Yahya Haji Bakri akan bertanding bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi USIA pusat pada perhimpunan itu nanti.



l








ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN