ADVERTISEMENTspot_img

𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦𝐩𝐢𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭, 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐨𝐧𝐠𝐠𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐦𝐦𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 -𝐀𝐦𝐢𝐧𝐚𝐡

Aminah (tengah) bersama kepimpinan USIA Bahagian Labuan

LABUAN:Wanita hari ini bukan lagi sekadar pendamping dalam pembangunan masyarakat tetapi mereka hari ini menjadi tonggak kepada pembanggunan ummah yang lebih perkasa dan berakhlak mulia.

Demikian kata Ketua Wanita USIA Sabah, Datuk Hajah Siti Aminah Acing ketika berucap merasmikan Program Srikandi Solehah 1.0 anjuran USIA Bahagian Labuan yang diadakan di Desa Tunas Hijau, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, sejarah Islam sendiri telah membuktikan bahawa wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan agama. Di sebalik lahirnya generasi yang hebat, terdapat wanita-wanita yang hebat imannya, tinggi ilmunya dan mulia akhlaknya.

“Justeru apabila kita menyebut tentang Srikandi Solehah, kita sebenarnya sedang berbicara bukan sahaja mahu melahirkan wanita yang berjaya dalam urusan dunia, tetapi juga berjaya membina keluarga yang boleh menyumbang kepada masyarakat dan menjadi ejen perubahan ke arah kebaikan”,katanya.

Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort mahu
melihat lebih ramai wanita USIA khususnya terlibat dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan.

“Kita juga mahu melihat lebih ramai wanita USIA yang berani memimpin perubahan dalam masyarakat berasaskan nilai-nilai Islam”,katanya.

Pada majlis itu beliau turut mengucapkan tahniah kepada Wanita USIA Bahagian Labuan yang diamanahkan untuk merealisasikan program Srikandi Solehah 1.0 yang signifikan dalam usaha memperkasakan dakwah wanita di Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau berkata Program Dakwah Srikandi Solehah 1.0 ini mempunyai nilai yang amat istimewa kerana ia merupakan satu program yang julung kali diperkenalkan oleh USIA Bahagian Labuan dengan memberi fokus khusus kepada pembangunan wanita melalui pendekatan dakwah yang lebih dekat dengan masyarakat.

“saya amat menghargai usaha USIA Bahagian Labuan khususnya jawatankuasa Wanita kerana terus bergerak aktif memperkenalkan pelbagai program yang memberi manfaat kepada masyarakat”, katanya.

Dalam waktu yang sama, Aminah mahu program Srikandi Soleha yang dianjurkan oleh USIA Bahagian Labuan ini menjadi printis kepada Wanita USIA Sabah untuk dikembangkan dan dilaksanakan di USIA Bahagian lain di Sabah.

Hadir sama, Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan, Naib Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Yahya Bakri dan Ketua Wanita USIA Bahagian Labuan Dg Sharifah Haji Mahmud.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN