25.8 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

USIA Labuan perluaskan pencarian pemimpin pelapis

GAMBAR: MOHD Ali ketika mempengerusikan mesyuarat sesi pertama tahun 2023 di Bilik Mesyuarat Bangunan USIA, di sini, pada Ahad.

LABUAN: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Wilayah Persekutuan Labuan akan memperluaskan pencarian pemimpin pelapis dikalangan belia menerusi Program Ziarah Masjid dan surau  USIA Bahagian Labuan.

Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Mohd Ali @Aliman Asmaran Datuk Seri Panglima Mohd Omar Bledram berkata, usaha itu perlu diberi keutamaan  bukan sahaja dalam menyebarkan syiar Islam tetapi juga mencari anak-anak muda untuk menyertai USIA yang akan kita letakkan sebagai pemimpin pelapis.

Justeru itu katanya, USIA Bahagian Labuan telahpun merancang untuk menganjurkan program Ziarah Masjid dan surau   yang terdapat di 10 cawangan USIA bagi mendampingi golongan belia dan seterusnya dipelawa untuk menyertai USIA.

“ USIA Bahagian Labuan  yang telahpun menjangkau setengah  abad memerlukan lebih ramai pelapis terutamanya generasi muda  untuk memastikan USIA Labuan dapat bertahan lama dan relevan di mata masyarakat Islam disamping  meneruskan syiar Islam di pulau ini” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat USIA Bahagian Labuan bagi sesi pertama tahun 2023 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Bangunan USIA, Bahagian Labuan, pada Ahad.

Hadir sama, Timbalan Ketua USIA Bahagian Labuan, Sahari Amdan.

Mohd Ali berkata, beliau sendiri akan hadir bersama ahli-ahli USIA Bahagian pada program tersebut yang akan bermula pada minggu ketiga setiap bulan bermula Januari ini.

Dalam waktu yang sama, USIA Bahagian Labuan juga akan melaksanakan Program Berkhatan beramai-ramai membabitkan anak-anak USIA di pulau ini yang dijangka akan diadakan pada hujung bulan Febuari depan  bersesuaian dengan cuti  akhir tahun  sekolah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN