25 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

USIA Labuan  beperanan dalam meremajakan USIA

ABDULLAH (duduk lima dari kiri), MOhd Ali (duduk tiga dari kanan   bergambar kenangan bersama ahli perwakilan USIA Bahagian Labuan yang hadir pada mesyuarat tersebut.

LABUAN: Pertubuhan Usia Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Labuan turut berperanan dalam usaha USIA pusat meremajakan USIA  dengan menubuhkan Puteri USIA.

Ketua Penerangan USIA Pusat, Datuk Haji Abdullah Hussien berkata, USIA  telahpun bersetuju untuk menubuhkan Puteri USIA  sebagai usaha membolehkan golongan remaja khususnya  wanita terlibat secara terus dalam meremajakan USIA.

“USIA Pusat turut mengalu-alukan agar USIA Labuan juga  menubuhkan Puteri USIA dan ini sekaligus membolehkan wakil Puteri USIA Bahagian Labuan  menghantar nama untuk dicalonkan dalam barisan kepimpinan Puteri USIA peringkat pusat pada mesyuarat agung USIA yang dijadual    bulan Disember tahun ini” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan USIA Bahagian Labuan kali ke 37 di Dewan DSP Haji Omar Bledram, di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, penubuhan Puteri USIA bukan sahaja semata-mata untuk meremajakan USIA tetapi juga sebagai langkah proaktif USIA untuk terus membangunkan ummah tetapi juga mampu menyuntik semangat  dalam kalangan anak anak muda menyemarakkan USIA.

Dalam waktu yang sama beliau turut memuji peranan yang telah dimainkan oleh USIA Bahagian Labuan sejak sekian lama iaitu sejak USIA ditubuhkan lagi.

“USIA Bahagian Labuan ini walaupun kecil, tetapi sumbangannya kepada USIA pusat cukup besar bukan sahaja dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, tetapi juga dalam menyampaikan  idea yang bernas dengan kepimpinan di peringkat pusat” katanya.

Katanya, salah satu idea yang pernah disuarakan oleh Ketua USIA Bahagian Labuan ialah  memulihkan Imej USIA dengan  mengindahkan bangunan USIA tanpa mencacatkan strutur dan reka bentuk asal bangunan yang sedia ada.

Abdullah dalam ucapannya juga turut menyeru umat Islam terutamanya ahli ahli USIA untuk terus bersatu padu tanpa mengira kaum  dalam mempertahankan dan memartabatkan Islam  yang ketika ini menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan  yang terlalu besar akibat daripada perkembangan media sosial.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua USIA Bahagian Labuan, Haji Mohd Ali Datuk Seri Panglima Haji Mohd Bledram, Naib Ketua USIA  Bahagian, Yahya Haji Bakri, Setiausaha USIA Bahagian, Norlina Haji Lamat,  Ketua Penerangan USIA Bahagian, Jainudin Djimin, Ketua Wanita Bahagian, Hajah Rohani Haji Awang Tengah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN