23 C
Kota Kinabalu
Ahad, Januari 18, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

USIA Bahagian Labuan hadiri Persidangan Agung Tahunan Perwakilan USIA Kali ke 38

Mohd Ali (tengah) bersama perwakilan USIA Bahagian Labuan yang hadir pada Persidangan tersebut.

LABUAN: USIA Bahagian Labuan adalah antara Bahagian Perwakilan USIA seluruh Sabah yang hadir pada Persidangan Agung Tahunan USIA Kali 38 yang diadakan di Hotel Klagan Regency, One Borneo, pagi Sabtu.


Persidangan yang dihadiri seramai 331 perwakilan dari 19 Bahagian termasuk Wilayah Persekutuan Labuan itu telah menyaksikan berlakunya pertandingan merebut lapan jawatan yang melibatkan jawatan Yang Di Pertua, Timbalan Yang Di Pertua, Naib Yang Di Pertua, Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Wanita, Ketua Belia dan Ahli Majlis Tertinggi USIA seramai 18 orang.


Perwakilan Labuan Seramai 10 orang telah diketuai oleh Ketua USIA Bahagian, Haji Mohd Ali@ Aliman Asmaran Datuk Seri Panglima Omar Bledram.


Turut terpilih keperwakilan kali ini ialah Timbalan USIA Bahagian, Sahari Amdan, Naib Ketua Bahagian, Haji Yahya Haji Bakri, Ketua Wanita, Dg. Sharifah Haji Mahmud, Ketua Belia, Hasnizam Abdul Rashid, Setiausaha, Norliha Haji Lamat, Bendahari, Norazaimah Kassim, Pemeriksa Kira Kira, Mardiana Mohammad, Ketua Penerangan, Jainudin Djimin Dan AJK, Suhaili Kadir.


Dalam pada itu, USIA Bahagian Labuan telah mencalonkan Naib Ketuanya, Haji Yahya Haji Bakri untuk bertanding jawatan AMT sekaligus akan mewakili USIA Labuan di peringkat USIA pusat sekiranya diberi mandat oleh perwakilan.


Terdahulu sebelum itu, Ahli ahli perwakilan telah diraikan dalam satu majlis Makan Malam sempena perasmian persidangan tersebut yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Nor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN