27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

USDA Gesa Masyarakat KDMR Melupakan Persengketaan Semasa PRN

ALYIU… Ketua Pemuda USDA Sabah.

RANAU: United Sabah Dusun Association (USDA) Sabah menggesa seluruh masyarakat KDMR khususnya, untuk melupakan persengketaan di kalangan mereka, terutama sekali yang tercetus semasa kempen pilihanraya negeri yang baru lalu.

Ketua Pemuda USDA Sabah Aliyu Zinin berkata, proses pemilihan kerajaan baru Sabah sudah selesai dan semua pihak harus bergerak kehadapan demi mencapai wawasan yang lebih maju lagi.

“Tentunya dalam keluaraga kita yang ramai ini terdapat perbezaan fahaman dan parti politik. Sehubungan dengan berlalunya pilihanraya saya suka mengajak saudara-saudara semua melupakan perbezaan tersebut dan marilah kita mengeratkan kembali kasih sayang dan hubungan silaturahim sesama kita,” katanya.

Aliyu berkata, proses angkat sumpah kepimpinan baru Negeri Sabah di istana Negeri telah berlangsung di mana rakyat telah melakukan pemilihan dan semua pihak harus menghormati dan menerima keputusan itu dengan lapang dada dan rasa kesyukuran.

“Kita doakan kepimpinan baru ini akan dapat membawa negeri kita ke arah yang lebih maju, makmur dan sejahtera. Kita juga sedia maklum bahawa kepimpinan baru negeri kita ini adalah rata-rata mereka yang sudah berpengalaman dalam pemerintahan Negeri mahupun persekutuan.

“Saya secara peribadi menganggap kepimpinan baru itu adalah kehendak dan ketentuan Tuhan yang maha kuasa,” kata beliau dalam satu kenyataan media yang dibuat di sin baru-baru ini.

Justeru Aliyu turut mengajak semua pihak agar bersama-sama eratkan persaudaraan sesama demi kelangsungan usaha memajukan USDA.

“Tanpa kesatuan yang kukuh suara kita tak akan membawa impak yang berkesan. Akhir kata bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Ikatan kukuh antara kita tonggak Kemajuan USDA,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN