ADVERTISEMENTspot_img

Usaha untuk majukan DUN Pantai Manis berterusan, kata Pengiran Saifuddin

GAMBAR NO.1.Pegawai Daerah Papar Encik Muhammad menyampaikan Cenderakengan kepada Pengiran Saifuddin disaksikan oleh Pegawai Eksekutif MDP Tuan Nor Isham Narawi.

PAPAR: Usaha berterusan untuk memajukan kawasan Papar terutama kawasan Dewan Undangan Negeri Pantai Manis akan ditumpukan dalam tempoh empat tahun akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Manis, Datuk Hj Pengiran Saifuddin Pg Tahir berkata sokongan semua pihak terutama para pegawai dan kakitangan awam, masyarakat serta golongan belia amat penting untuk merealisasikan matlamat itu.

” Kita bukan saja menumpukan pembangunan fizikal di daerah Papar ini tetapi kelestarian dan kehijauan agar daerah ini terus menjadi daya tarikan dari masyarakat luar,” katanya.

“Kita mahukan masyarakat terus memberikan kerjasama menjaga kebersihan dan kelestarian daerah ini” katanya ketika berucap merasmi dan menutup tiga program serentak anjuran Majlis Daerah Papar pagi ini di Pantai Manis , Papar.

Pg.Saifuddin melakukan pelancaran tandas BMW (Bersih, Menawan, Wangi) Pantai Manis sambil diiringi oleh Nor Isham.

Program itu ialah Program Komuniti Hijau Rakan Lestsri Daerah Papar 2026 sempena Hari Leanskap Negara,Penutupan Kempen Tandas Awam Bersih BMW (Bersih, Menawan,Wangi) serta Pembukaan Semula Bukit Taminai Pantai Manis.

Bukit Taminai adalah kawasan riadah terutama untuk jungle trekking untuk orang ramai.

Pg Saifuddin berkata Daerah Papar yang semakin membangun juga mempunyai banyak daya tarikan untuk dimajukan dimasa akan datang.

Beliau menyambut baik usaha-usaha dan program-program yang sentiasa dijalankan bersama oleh Pejabat Daerah Dan Majlis Daerah Papar untuk penduduk di daerah ini.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai Daerah Papar, Encik Muhammad Bin Hj.Mohd Ali, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Papar, Nor Isham Bin Narawi, kakitangan awam dan pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN