ADVERTISEMENTspot_img

USAHA MASDA, AGTECH JAYAKAN EXPO & PERSIDANGAN DURIAN SABAH 2025 DIHARGAI

Sebahagian para pekebun dan ahli Persatuan Durian Daerah Ranau

RANAU: Rombongan petani dari daerah Ranau menyatakan penghargaan kepada Sabah Durian and Tropical Fruit Planters Association (MASDA) atas penganjuran AgTech Expo & Persidangan Durian Sabah 2025 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 3 dan 4 Oktober.

Penyelaras Peserta Ranau, David Cheng Hwa Wen, berkata program itu membuka peluang luas kepada petani tempatan untuk mendapatkan pendedahan mengenai teknologi pertanian moden serta amalan terbaik dalam penanaman durian secara komersial.

Beliau berkata penganjuran tersebut menghimpunkan pelbagai pihak termasuk petani, usahawan tani, agensi kerajaan, penyelidik dan pemain industri bagi membincangkan kemajuan teknologi pertanian serta potensi pasaran durian Sabah di peringkat antarabangsa.

“Kami amat menghargai inisiatif pihak MASDA dan AgTech yang bukan sahaja menganjurkan program berkualiti, tetapi turut menyediakan pengangkutan percuma dan makanan kepada peserta luar daerah, termasuk dari Ranau

“Ia membuktikan komitmen mereka memastikan petani luar bandar menerima manfaat pembangunan pertanian moden,” katanya.

Rombongan tersebut turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi MASDA, Duane Evans, serta barisan Ahli Jawatankuasa persatuan itu yang memastikan kelancaran dan kejayaan keseluruhan acara.

Program dua hari itu menampilkan pameran inovasi pertanian, sesi perkongsian teknologi pintar dan forum pakar mengenai pengeluaran serta pasaran durian tempatan.

Selain itu, peserta dari Ranau turut menyatakan terima kasih atas jemputan rasmi serta penyediaan kemudahan bas percuma dan makanan khususnya kepada pekebun kecil durian dari daerah tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN