PALING MENARIK… Ajilee (kanan) memperlihatkan Bunga Reffesia, bunga terbesar di dunia boleh ditemui sekitar Bukit Lugas.
RANAU: Warga Kampung Waang di sini mengalu-alukan dan menyokong penuh segala usaha dan inisiatif Jawatankuasa Eko Pelacongan Bukit Lugas (EPBL) terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat kampung berkenaan yang kini mempromosikan lokasi itu kepada para pelancong luar.
Pengerusi JPKK Kg.Waang, yang juga pelopor dan perintis EPBL, Ajilee Lubin dan Pengerusi EPBL yang baharu, Junadi Layau@Sahirin mempelawa orang ramai khususnya kepada pelancong luar supaya datang mendaki Buki Lugas yang pastinya menjanjikan seribu satu kenangan terindah kepada para pendaki yang gemar dengan aktiviti lasak.
Menurut Ajilee, kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk rentas daerah di Sabah patut dimanfaatkan orang ramai untuk melancong ke destinasi menarik dalam negeri sambil mengamal dan membudayakan ‘Norma Hidup Baharu’ dengan pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19.
Beliau memaklumkan, Buki Lugas pastinya menjanjikan satu kenangan manis serta keseronokan yang sukar dilupakan oleh setiap pendaki apabila melihat dan memerhati pelbagai tumbuhan unik seperti bunga termasuk bunga Refflesia (jika musim berbunga), Orkid sama seperti yang terdapat di kaki Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.
“Saya menyokong penuh kenyataan Junadi yang menegaskan semua pendaki ke Bukit Lugas adalah tertakluk kepada pelbagai peraturan terutama tidak membenarkan untuk memetik atau mengambil apa juga jenis tumbuhan, serangga, burung atau haiwan yang ada di sepanjang perjalanan, ke puncak Bukit Lugas”,jelas Ajilee ketika ditemui dan turut menyokong kenyataan Junadi, bahawa kepada yang berminat mendaki bukit Lugas hendaklah menulis surat rasmi atau membuat panggilan tempahan sehari sebelum mendaki bagi menentukan tarikh mendaki dan jumlah peserta, supaya pihak EPBL dapat menyediakan seorang pemandu pelancong (guide) untuk setiap satu kumpulan 5 orang dalam satu perjalanan pendaki.
Ajilee juga menyokong kenyataan Pengerusi EPBL yang mahukan seorang pendaki hendaklah membayar yuran RM10 seorang jika mahu mendapatkan sijil dan RM7 bagi mereka yang tidak memerlukan Sijil manakal bayaran seorang guide ialah RM50.