31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Usaha berterusan MP Ranau menyantuni rakyat dihargai

GAMBAR FAIL

RANAU: Usaha berterusan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin menyantuni golongan tidak berkemampuan mendapat pujian penghargaan dan  terima kasih daripada  masyarakat akar umbi.

Ramai menyifatkan keprihatinanan Jonathan  menghulurkan  bantuan tanpa mengira agama dan idologi politik suatu yang positif, terpuji dan terbaik  dapat meringankan beban  golongan terlibat.

Menurut mereka bantuan Jonathan bagi menaiktaraf atau membina rumah kediaman yang lebih selesa kepada keluarga daif, menghulurkan sumbangan derma kepada yang kehilangan ahli keluarga kerana meninggal dunia, membiayai kos rawatan kepada mereka yang terpaksa bemalam di Wad Hospital Ranau kerana sakit dan membiayai kos rawatan perubatan orang Ranau ke Hospital Queen Elizebath Kota Kinabalu, merakam ucapan terima kasih kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau, khususnya Jonathan.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Jonathan yang “Prihatin Rakyat” menghulurkan sumbangan derma membiayai kos rawatan bapa saya selama  di wad hospital Ranau”, jelas salah seorang penduduk Kg.Paka Dua,  mewakili keluarganya.

“Sumbangan daripada Datuk Jonathan   itu telah dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga kami “, tambahnya yang enggan namanya diketengah.

Sumbangan Jonathan kepada golongan belia dalam menjayakan program seperti program Sukan juga amat disanjung tinggi kerana melaluinya  dapat membendung penglibatan belia daripada aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan najis dadah.

“Itulah objektif utama penganjuran aktiviti sukan seperti Kejohanan Bola sepak merebut Piala Pusingan Datuk Jonathan di Padang SK.Tungou, Kejohanan Sepak Takraw di Kg.Koporingan dan kejohanan Bola Tampar di  gelanggang Bola Tampar Kg.Kilimu baru-baru ini”, jelas Penyelaras Sukan Kg.Tungou, Jasrin Bin Simin.

Menurut Jasrin, aktiviti sukan juga merupakan  titian perpaduan dikalangan penduduk berbilang suku kaum, agama dan fahaman politik.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN