28 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 17, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Usaha berterusan Jonathan Yasin untuk merialisasikan agenda pembangunan di Ranau terus dipuji

Gambar hiasan – Jonathan ketika menyertai gotong royong di Kg.Sumbilingon, Ranau, baru-baru ini

RANAU: Rakyat akar umbi kawasan P.179 Ranau, memuji dan menyifatkan keprihatinan, Ahli Parlimen mereka, Datuk Jonathan Yasin kini sudah mula menempah kejayaan merobek kemunduran dari segi pembangunan infrastuktur untuk memberi manfaat kepada rakyat di sini.

Ramai yang sempat ditemui berasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan Datuk Jonathan membiayai kos rawatan terhadap pesakit yang terpaksa tinggal di Wad Hospital Ranau atas sebab sesuatu penyakit dan memerlukan rawatan rapi daripada pihak Doktor.

“Datuk Jonathan adalah satu-satunya pemimpin di negeri ini yang sanggup membiayai kos rawatan rakyatnya yang terpaksa tinggal di Wad Hospital “, jelas  Ketua Adat (Ketua Kampung) Kg.Tungou Ranau, KK Muhinin Bin Gisiu@Wasimin.

Sementara itu, Ketua Daerah Ranau, Muhasip Bin Haji Ruman juga menyifatkan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin sebagai pemimpin unggul, terbaik dan ‘Prihatin Rakyat’ kerana usahanya   yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan peruntukan berpuluh ribu  malah jutaan ringgit daripada kerajaan pusat untuk membiayai kos pelbagai projek pembangunan untuk manafaat rakyat di kawasan Parlimen Ranau.

Menurut Muhasip, satu lagi yang menarik perhatian rakyat terhadap komitmen tinggi Datuk Jonathan ialah kesanggupan serta keikhlasannya menziarahi keluarga yang ditimpa musibah seperti kematian anggota keluarga  sambil menghulurkan derma peribadi  kepada mereka yang terlibat termasuk juga keluarga daif tanpa mengira anutan agama dan fahaman politik.

“Banyak sudah keluarga daif di Ranau telah mendapat bantuan dan sokongan daripada Datuk Jonathan untuk membaiki atau membina semula banguan rumah kediaman yang uzur kepada kediaman yang lebih selesa”, jelas Muhasip.

Menurut Muhasip lagi, banyak  sumbangan dan bantuan Datuk Jonathan kepada para pelajar  dari keluarga tidak berkemampun  melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).

“Pelbagai projek pembangunan telah dan sedang berjalan lancar pembinaannya dan akan siap tidak lama lagi”, tambah Muhasip sambil memberi contoh jambatan konkrit merentangi sungai Liwagu Kegibangan menelan kos  RM51 juta peruntukan daripada kerajaan pusat yang kini pembinaannya sedang berjalan lancar.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN