25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Oktober 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UPKO Ranau Sokong Keputusan Mahkamah Tinggi Kembalikan Hak 40 Peratus Hasil Sabah

Georgina

RANAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang mengembalikan hak perlembagaan Sabah untuk menerima 40 peratus hasil persekutuan yang diperoleh dari negeri ini.

Keputusan itu disifatkan sebagai detik penting dalam perjuangan berterusan menuntut semula hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua UPKO Bahagian Ranau, Puan Georgina L. George, berkata pihaknya menyeru Kerajaan Persekutuan agar menghormati serta melaksanakan sepenuhnya keputusan berkenaan.

Beliau turut menyatakan sokongan penuh ahli-ahli UPKO Ranau terhadap pendirian tegas dan berprinsip Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, yang menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatan Kabinet sekiranya Pejabat Peguam Negara meneruskan rayuan terhadap keputusan itu.

“Pendirian Datuk Ewon mencerminkan keberanian serta integriti kepimpinan yang wajar dicontohi oleh pemimpin Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Georgina, UPKO Ranau itu turut memutuskan secara sebulat suara agar UPKO memperkukuh identiti dan kedudukan parti dengan bertanding menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

Katanya, penggunaan logo sendiri tidak akan menjejaskan kerjasama dan perpaduan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Langkah ini bertujuan meningkatkan keterlihatan UPKO di peringkat akar umbi serta menegaskan suara tersendiri parti dalam keluarga Pakatan Harapan.

“UPKO Ranau yakin pendekatan ini akan memperkukuh kehadiran gabungan di Sabah dan lebih mencerminkan aspirasi rakyat tempatan,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN