25 C
Kota Kinabalu
Rabu, Mac 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Menjelang Pilihan Raya, Isu ‘Apa ADUN Buat Selama Ini’ Kembali Jadi Bualan

Biou

KEMABONG: Setiap kali menjelang Pilihan Raya pasti ada kata-kata dan tomahan “apa yang wakil rakyat atau ADUN buat selama berpenggal-penggal di kawasan mereka.

Tetapi hakikatnya, mereka yang melontarkan kata-kata dan tomahan tersebut adalah dipihak lawan atau musuh politik.

Kata-kata dan tomahan sedemikian turut dilontarkan oleh pihak lawan atau pembangkang kepada penyandang DUN Kemabong Datuk Rubin Balang.

Tetapi bagi Ketua Daerah Kemabong Biou Suyan, kata-kata dan tomahan tersebut adalah timbul menjelang Pilihan Raya yang lumrah dibangkitkan oleh pihak lawan atau pembangkang.

“Mungkin ada yang tidak tahu dan pertikaikan kepimpinan apa yang
Datuk Rubin buat selama menjadi ADUN Kemabong, maka saya senaraikan beberapa yang beliau (Rubin) rancang dan dilaksanakan oleh jabatan dan agensi yang berkaitan” kata Biou.

Berikut adalah antara senarai hasil usaha dan perancangan Rubin, jelas Biou, iaitu Pengujudan Daerah Kecil Kemabong, Bangunan Pejebat Daerah Kecil (Peruntukan ADUN), Menaik taraf jalanraya Kemabong – Rundum, Menaik taraf jalan raya Kemabong – Ulu t
Tomani, dan jalan Kampung Alutok, Kampung Tinura, Kampung Magunsop dan Pembinaan jalan raya Paal Batu 10 – Sipitang.

Selain itu katanya, pengujudan sekolah-sekolah rendah dalam kawasan Kemabong seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Tomani (Alutok), SK Simpang, SK Kungkular, SK Sumambu, SK Kapulu dan SK Korolok adalah atas perancangan dan usaha Datuk Rubin.

“Jadi tidak timbul apa yang kata-kata atau tomahan “apa yang Datuk Rubin buat selama menjadi ADUN” kerana sudah nyata apa yang dia telah rancang dan dilaksanakan”

Ini pun hanya sebahagian sahaja, kalau disenaraikan semua apa yang beliau (Rubin) buat di setiap kampung dalam dua tiga helai kertas pun tidak muat” jelasnya.

Justeru itu katanya, rakyat di kawasan Kemabong ini, jangan terpengaruh dengan kata-kata dan tomahan pihak pembangkang.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN