Rombongan Persatuan Penggiat Media Labuan bersama pegawai pengiring dari JWP dan P L yang menyertai program Famtrip Media Labuan 2025.
LABUAN: Program Famtrip Media 2025 anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Perbandanan Labuan (PL) lima hari empat malam (5H4M) melibatkan lawatan ke Taman Titiwangsa Sempena perasmian Festival Park Kuala Lumpur dan seterusnya ke Pulau Pinang bagi lawatan ke destinasi pelancongan dan warisan budaya telah membawa seribu kenangan dan harapan untuk dikongsi bersama dengan pihak penganjur khususnya pihak Perbadanan Labuan.
Program yang bermula dari 16 Oktober hingga 20 Oktober itu bukan saja memberi peluang kepada lapan ahli pengamal media dari Persatuan Penggiat Media Labuan untuk menyaksikan keindahan dan keunikan tempat tempat yang dilawati tetapi juga secara tidak langsung memperkukuhkan jaringan kerjasama antara Persatuan Penggiat Media Labuan dengan JWP dan PL khususnya Unit Komunikasi dan Korporat (UKK/JWP) dan Jabatan Hal Ehwal Korporat (JHEK/PL).
Selain memberi peluang kepada pengamal media untuk melihat lebih dekat keindahan dan keunikan tempat tempat menarik yang telah disusun atur oleh pihak UKK, majlis Ramah Mesra Menteri Di Jabatan Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha bersama Persatuan Penggiat Media Labuan yang diadakan di salah sebuah hotel di Cyebejaya merupakan detik bersejarah buat Persatuan Penggiat Media Labuan kerana majlis itu yang pertama kali dihoskan oleh seorang menteri dan dibuat di luar Labuan sebagai tanda penghargaan kepada Persatuan Penggiat Media Labuan.
Majlis yang turut dihadiri Kelab Media Kuala Lumpur membuktikan Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan ) (Datuk Seri Dr. Zaliha) sentiasa menghargai peranan dan sumbangan pengamal media dalam membantu menyalurkan maklumat mengenai dasar dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan MADANI kepada masyarakat.
Antara aktiviti lain yang disusun atur ialah menghadiri Majlis Perasmian Festival Park Kuala Lumpur yang diadakan di Taman Titiwangsa dan dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sophia.
Program hari ketiga, rombongan Persatuan Penggiat Media Labuan yang turut diiringi oleh pegawai dari UKK dan JHEK itu telah di bawa melawat Wonder Food Museum terletak di bandar George Town yang mempamerkan, lebih 100 pelbagai replika makanan Malaysia yang sangat realistik dan bersaiz gergasi dengan menampilkan kepelbagaian budaya makanan negara disamping mempamerkan sudut gambar yang unik dan kreatif serta sesuai untuk berswafoto dan mengenali jenis jenis makanan yang terdapat di Malaysia.
Seterusnya rombongan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan itu di bawa melawat satu lagi destinasi tarikan pelancong Armenian Strett di George Town mempaparkan keunikan warisan sejarah, seni jalanan yang kreatif dan budaya yang hidup dalam satu kawasan yang telah di daftar Warisan Dunia UNESCO. Kawasan ini juga dipenuhi dengan rumah-rumah toko (shophouse) bersejarah yang dihiasi seni mural interaktif, butik unik, galeri seni, serta kafe dan restoran yang menawarkan pengalaman budaya yang autentik.
Satu lagi destinasi yang wajib dikunjungi dalam lawatan itu ialah ke Balai Seni Nagara sempena penganjuran pameran “Ke Pulauan” : Refleksi BIMP-EAGA yangempamerkan lebih 4,500 karya seni kontemporari melibatkan karya seni dan kokektif seni dari n egara negara BIMP-EAGA, (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Philippines)
Manakala hari terakhir lawatan itu rombongan ini berkesempatan di bawa melawat satu lagi daya tarikan pelancong iaitu ke Chew Jetty yang terletak dibandar George Town.
Chew Jetty ialah sebuah perkampungan nelayan atas air yang kedudukan fizikalnya hampir serupa dengan perkampungan air Patau Patau di Labuan, apa yang membezakannya komuniti di Chew Jetty lebih kreatif dengan setiap rumah dijadikan premis untuk jualan pelbagai produk berbentuk cenderamata dan makanan sekaligus menjadikan Chew Jetty sebagai kampung yang unik menjadi tarikan pelancong.
Sementara itu, program terakhir ialah lawatan sambil belajar ke Kampug Agong yang terletak di Penaga, Pulau Pinang.
Kampung Agong yang berkeluasan 15 ekar menawarkan pelbagai tarikan menarik yang mampu memukau setiap pengunjung.
Dinamakan sempena pengasas tanah yang digelar ‘Agong’ oleh penduduk kampung, tempat ini menawarkan pemandangan sawah padi, pokok kelapa, dan pelbagai aktiviti kampung yang menarik.
Lawatan ke Kampung Agong adalah merupakan pengalaman baharu kepada Persatuan Penggiat Media Labuan.
Dalam pada itu rata rata peserta Famtrip Media Labuan 2025 menzahirkan lawatan itu bukan saja menyeronokkan, malah telah memberi pengalaman dan input yang berguna sekaligus membuka minda untuk dikongsikan bagaimana Labuan yang juga diiktiraf sebagai destinasi pelancongan boleh mencontohi idea kreatif yang ditonjolkan sepanjang lawatan tersebut.
Persatuan Penggiat Media Labuan berterima kasih kepada JWP dan PL yang memberi peluang dalam sesi lawatan yang membina seribu kenangan disamping dapat berkongsi idea yang baharu dalam meningkatkan produk produk pelancongan yang baharu untuk Labuan.



