26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

COVID-19 Sabah, Ranau catat kes tertinggi hari ini

Pecahan untuk Daerah Ranau

Covid Update (23/09)
Sabah 1,629 (1,199)

Ranau 193 (31)
Kinabatangan 167 (30)
Kota Kinabalu 153 (150)
Sandakan 121 (102)
Kota Marudu 114 (54)
Keningau 102 (66)
Lahad Datu 93 (100)
Tuaran 87 (63)
Pitas 79 (70)
Kota Belud 64 (49)
Penampang 62 (47)
Tawau 55 (48)
Putatan 52 (63)
Kudat 43 (17)
Papar 42 (63)
Nabawan 33 (37)
Sipitang 29 (8)
Tenom 26 (26)
Tongod 26 (38)
Telupid 19 (42)
Tambunan 18 (11)
Kunak 17 (16)
Beluran 11 (36)
Beaufort 9 (14)
Kalabakan 8 (8)
Semporna 6 (10)
Kualan Penyu 0 (0)

Angka dalam kurungan
adalah jumlah kes kelmarin ( 22/09/2021 )

Kluster Baru
Kluster Batu 46, Tulid
Keningau, 48 (+27)

RUMUSAN HARIAN
(22/09/2021)

Sabah mencatatkan trend peningkatan ketara hari ini. Hari ini jumlah kes yang direkodkan ialah 1,629 kes dengan peningkatan ketara sebanyak (+430) kes berbanding semalam.

Secara keseluruhan, perbandingan statistik semalam dengan hari ini menunjukkan perubahan angka jangkitan yang tidak statik dan peningkatan angka jangkitan pada hari ini selari dengan bilangan daerah yang merekodkan peningkatan kes iaitu dengan statistik 9 daerah mencatatkan penurunan, 15 daerah mencatatkan peningkatan kes, 3 daerah iaitu Tenom, Kalabakan dan Kuala Penyu kekal dengan catatan sebagaimana semalam dan 1 daerah iaitu Kuala Penyu mencatatkan sifar kes.

Kota Kinabalu mencatatkan sedikit peningkatan yang tidak signifikan iaitu dengan catatan 153 kes, merekodkan peningkatan sebanyak cuma (+3) kes. Kawasan perbandaran lain merekodkan peningkatan kecuali Lahad Datu, Putatan dan Papar.

Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Ranau (+162) kes, Kinabatangan (+137) kes, Kota Marudu (+60) kes, Keningau (+36) kes, Kudat (+26) kes, Tuaran (+24), Sipitang (+21), Sandakan (+19), Penampang (+15) dan Kota Belud (+15). Di Kinabatangan 157 daripada 167 kes baharu datang daripada 3 kluster sedia ada di Daerah tersebut.

Di Daerah Kota Kinabalu, 29 daripada kes hari ini melibatkan OKT dan 29 adalah pekerja2 pelantar minyak offshore.

Daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara pula ialah Beluran (-25) kes, Telupid (-23) kes, Papar (-21) kes, Tongod (-12) kes dan Putatan (-11) kes. Terdapat 35 kes melibatkan OKT/banduan yang dicatat hari ini.

Daripada 1,629 kes yang didaftar hari ini, (413) kes atau 25.35% adalah kes-kes lewat daftar antara 2 hingga 3 hari, (47) kes atau 2.89% adalah lewat daftar 4 hingga 5 hari dan (35) kes atau 2.15% adalah kes yang berdaftar lewat melebihi 5 hari.

Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan (892) kes atau 54.8%, Saringan Bergejala (385) kes atau 23.6%, (194) kes atau 11.9% daripada Saringan Kluster, (0) kes dari Saringan Bersasar dan (158) kes atau 9.7% melalui Saringan Lain-lain.

Daripada 1,629 kes yang berdaftar hari ini, (641) kes atau 39.35% adalah pesakit dalam Kategori 1, (847) kes atau 52.00% dalam Kategori 2, 6 kes dalam Kategori 3, 8 kes dalam Kategori 4 dan 8 kes dalam Kategori 5. 119 kes masih dalam siasatan. 84.90% daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia.

MPL

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN