27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Unit Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Apin-Apin terima sumbangan dana kewangan

Roger (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Cikgu Rony 

KENINGAU:Unit Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Apin-Apin menerima sumbangan dana kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Sumbangan dana ini diperlukan untuk menyertai kejohanan merentas desa peringkat negeri Sabah bagi murid berkeperluan khas (MBPK) SK Apin-Apin di Kota Kinabalu.

Sumbangan dana itu disampaikan oleh kakitangan Pejabat ADUN Bingkor Roger Joanes Penolong Kanan Pendidikan Khas, Cikgu Rony Mahari.

Bagi pihak sekolah Rony merakamkan penghargaan kepada Robert yang juga Pembantu Menteri atas sumbangan dana kewangan itu.

Katanya, dengan adanya sumbangan dana ini ia dapat membantu pengurusan peserta yang mewakili sekolah ke kejohanan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN