KUIH TRADISI BRUNEI ..Gelvia Vanessa menerima kuih tradisional Masyarakat Brunei daripada Haji Ampuan Wahab semasa lawatan itu.
KOTA KINABALU: Ratu Unduk Ngadau Sabah 2026 Gelvia Vanessa mengambil peluang untuk melawat Rumah Etnik Brunei di Muzium Sabah pada Sabtu lepas.
Unduk Ngadau berasal dari Kampung Gana Papar ini disambut oleh Ahli Jawatankuasa Pusat (AJP) Persatuan Masyarakat Brunei Sabah, Haji Ampuan Wahab Haji Ampuan Hamzah dan AJK PMBS Cawangan Kampung Benoni Papar.
Semasa lawatan itu Haji Ampuan Wahab yang juga Pengerusi PMBS Cawangan Kampung Benoni yang mengendalikan aktiviti-aktiviti tiap hujung minggu iaitu tiap Sabtu dan Ahad memberikan penerangan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Rumah Etnik Brunei itu setiap hujung minggu.

MUZIK TRADISIONAL BRUNEI ..Gelvia mencuba mengual muzik tradisi Brunei yang disediakan di Rumah Brunei itu sambil diperhatikan oleh ahli-ahli PMBS.
Semasa lawatan itu Gelvia Vanessa ditunjukkan cara menganyam bakul, bargual gambang, menikmati makanan dan kuih muih tradisional masyarakat Brunei seperti pinyaram,tapai, hidangan ambuyat dan beberapa lagi kuih- kuih masyarakat Brunei.
Lawatan Unduk Ngadau 2026 ini juga sebahagian Program Muzium Sabah untuk mempromosikan Program Interprestasi Hidup dan Muzium Sabah adalah Gerbang Budaya Sabah.
Menurut Haji Ampuan Wahab setiap minggu berpuluh- puluh hingga ratus-ratus pengunjung tempatan dan luar negara mengunjung Rumah Etnik Sabah.
Program bermula pada Jun lalu ini akan berakhir sehingga hujung tahun ini.



