ADVERTISEMENTspot_img

Undi GRS untuk realisasikan SMJ 2.0: Abidin

Datuk Abidin dan lain-lain dalam majlis pembentukan JKKK Kg Dambalang Marakau

RANAU: Halatuju Sabah Maju Jaya 2.0 akan memberi fukos kepada usaha mensejahterakan rakyat dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi apabila rakyat memberi mandat baru kepada kerajaan GRS untuk terus menjadi kerajaan selepas PRN17 nanti.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, beliau amat yakin bahawa GRS yang dianggotai oleh parti-parti tempatan akan terus mendapat sokongan padu oleh rakyat Sabah.

“Halatuju Kerajaan Negeri Sabah melalui Sabah Maju Jaya 1.0 adalah memulihkan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik, dan berusaha menambah lebih ramai pelabur asing melabur di Negeri Sabah, yang mana sudahpun menampakkan hasil yang amat membanggakan.

“Kerajaan GRS telah memberi bantuan perumahan SMJ kepada golongan sasar sejak beberapa tahun yang lalu, dan juga akan memulakan agihan wang RM300 sebulan kepada golongan miskin, memperkenalkan program BUDI, subsidi tiket penerbangan kepada pelajar Sabah di Semenanjung, bekalan starlink untuk luar bandar yang tidak mendapat rangkaian internet, pemberian biasiswa kepada pelajar Sabah di IPTA dan IPTS dan banyak lagi yang dibuat oleh Kerajaan GRS,” katanya.

Abidin yang juga ADUN Paginatan berkata demikian ketika merasmikan dua majlis berasingan iaitu Pemimpin Bersama Rakyat di Kg. Kokob Baru dan Perasmian JKKK Kg. Dambalang Marakau baru-baru ini.

Di Kg Kokob Baru, beliau berterimakasih atas kehadiran penduduk kampung Kokob Baru dan memohon maaf kepada penduduk kampung kerana agak lama tidak berkunjung ke Kg. Kokob. Itu lah sebabnya Kg. Kokob adalah salah satu destinasi awal lawatan Wakil Rakyat pada tahun ini.

“Untuk makluman penduduk Kg Kokob kita adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk Kerajaan GRS. Oleh itu saya menyeru kepada semua penduduk Kg. Kokob untuk terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan supaya perancangan pembangunan negeri yang sudah dimulakan akan dapat diteruskan selepas PRN17,” katanya.

Berkenaan permohonan kampung Kokob Baru Abidin meluluskan jalan gravel ke tanah perkuburan dan pembinaan pondok kuburan.

Dalam pada itu katanya, pembinaan mini dewan akan diberi perhatian segera dan jawatan Pengerusi JKKK Kg Kokob akan diteruskan.

Sementara itu, di Kg. Dambalang Marakau, Abidin amat teruja dengan sambutan yang sungguh kreatif daripada AJK Kg. Dambalang dengan sambutan tarian singa dan membakar mercun Tahun Baru Cina.

“Terima kasih kepada AJK Penganjur yang di ketuai oleh Pengerusi JKKK, Japirin Gibot.

“Kita bersyukur kerana kerajaan telah meluluskan sembilan kuota JKKK di DUN Paginatan termasuklah Kg. Dambalang.
Syabas dan tahniah kepada Pengerusi JKKK yang baru yang saya rasa cukup berwibawa. Diharap Pengerusi Jkkk yang baru akan terus kerjasama dengan Ketua Kampung Kg. Marakau.

“Kg. Dambalang adalah kampung saya juga kerana sebahagian besar penduduk Kg Dambalang adalah keluarga saya. Bantuan kerajaan bagi kampung sudah banyak diberi sejak tahun 2020 lagi,” katanya.

Sementara itu, Japirin berkata, hari tersebut merupakan hari yang bersejarah bagi Kg. Dambalang kerana badan Jkkk akhirnya dirasmikan.

“Kita berterima kasih atas usaha YB Datuk kerana merealisasikan hasrat Kg. Dambalang untuk mendapat kuota JKKK. Oleh sebab JKKK masih baru maka tempat berkumpul belum ada.

“Diharap YB Datuk dapat memberi bantuan untuk membina Balai Raya Kg. Dambalang,” katanya.

Ketua Kampung Marakau Sainin Satnam  berkata, perancangan untuk mendapat JKKK memang sudah lama dibuat dan atas keprihatinan YB Datuk akhirnya Kg Dambalang mendapat kuota JKKK.

“Saya menyeru kepada semua penduduk kampung Dambalang untuk terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada YB Datuk untuk menjadi wakil rakyat kita selepas PRN17 nanti.

“Kita merakamkan ribuan terima kasih atas sumbangan kerusi roda kepada dua orang penduduk kampung yang amat memerlukan kerusi tersebut,” katanya.

Turut hadir, Ketua Daerah OKK Muhasip Hj Rauman, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, KAN Sawalin Zakaria, KAN Kapilin Hj Surop, Pemaju Mukim Tanah Rata, Lasius Golipoi, Ketua Wiranita Paginatan, Siti Nurjana Abas, dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN