26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, November 7, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMSKAL terima sumbangan Food Bank berjumlah RM30, 000.00 daripada CIMB Islamic Bank

Ahmad Suhaimi (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Nur Iman disaksikan oleh Datuk Haji Abdul Hakim.

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menerima sumbangan Food Bank berjumlah RM30,000.00 daripada CIMB Islamic Bank Berhad.

Sumbangan itu adalah hasil kerjasama strategik bersama Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Serantau, Penasihatan Syariah dan Tadbir Urus CIMB Islamic Bank, Ahmad Suhaimi Yahya kepada Timbalan Ketua Pegawai Psikologi UMSKAL, Nur Iman Reedzal, dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Kolej Matrikulasi Labuan baru baru ini.

Hadir sama menyaksikan majlis itu,
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman.

Turut menerima sumbangan yang sama ialah Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan, Hasnul Hadi Sariman.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup pelajar supaya mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian.

Datuk Haji Abdul Hakim (dua kiri) bersama Ahmad Suhaimi (tiga kiri), Hasnul Hadi dan Nur Iman (kanan) melawat Rak Foodbank Kolej Matrikulasi Labuan.

Program Food Bank ini selaras dengan aspirasi universiti untuk memperkasakan pelajar melalui sokongan holistik yang merangkumi aspek akademik, kebajikan, dan pembangunan sahsiah”, katanya.

Dalam pada itu, pihak UMSKAL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada CIMB Islamic Bank dan PPZ-MAIWP atas sumbangan yang amat bermakna ini.

Timbalan Ketua Pegawai Psikologi, Nur Iman Reedzal yang juga Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UMSKAL berkata, inisiatif ini amat bertepatan dengan usaha universiti dalam memperkukuh kesejahteraan pelajar dan membina komuniti kampus yang prihatin serta berdaya tahan.

‘Kami amat menghargai sokongan daripada CIMB Islamic Bank dan PPZ-MAIWP.

“Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban pelajar, malah mencerminkan semangat kerjasama antara sektor korporat, institusi zakat dan pendidikan tinggi,”katanya selaku wakil rasmi
UMSKAL.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN