ADVERTISEMENTspot_img

UMSKAL terima 478 pelajar baharu sesi 2025-2026

Dr. Shamsul beramah mesra bersama pelajar baharu yang ditemui sambil di pethatikan Geoffery (kanan sekali).

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menerima seramai 478 pelajar baharu bagi sesi 2025-2026.

Daripada jumlah itu seramai 336 pelajar mengikuti Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) manakala 122 lagi mengikuti Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI).

Sementara itu, Pengarah Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin menyantuni pelajar berkenaan menerusi Program Sesi Bersama Pengarah UMSKAL & Pengenalan Ketua Pengurusan UMSKAL sempena Minggu Suai Mesra (MSM) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diadakan di Dewan Utama, UMSKAL di sini pada Selasa.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pentadbiran UMSKAL, Sharifah Ismail, Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof. Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal, Timbalan Dekan (Pascasiswazah dan Pengantarabangsaan), Fakulti Komputeran Dan Informatik (FKI), Dr. Nooralisa Mohd Tuah dan Pengetua, Kolej Kediaman UMSKAL, Ts. Hadzariah Ismail.

Dr. shamsul ketika berucap pada majlis itu berkata, kejayaan pelajar baharu pada tahun ini amat bermakna buat ibu bapa dan keluarga serta warga UMSKAL.

Katanya, kehadiran pelajar ke pulau bebas cukai ini akan memberi impak yang sangat besar terutamanya kepada Wilayah Persekutuan Labuan seperti pembangunan ekonomi, pelancongan dan kepelbagaian budaya di pulau ini.

“Tidak dapat dinafikan kewujudan UMSKAL di Labuan telah merancakkan pembangunan infrastruktur serta merancakkan pembangunan ekonomi Labuan daripada pelbagai sudut.

” Secara tidak langsung, kewujudan UMSKAL di Labuan juga telah menaikkan semangat dan memotivasikan anak muda tempatan untuk melanjutkan pengajian yang lebih tinggi bagi membina masa depan yang lebih baik”, katanya.

Jelasnya, kampus yang berusia lebih 20 tahun ini telah menabur bakti sebagai pusat pendidikan tinggi utama di Wilayah Persekutuan Labuan.s

UMSKAL yang beroperasi sejak tahun 1999 telah diperakui melahirkan ramai alumni yang berjaya dan ianya selaras dengan visi universiti untuk menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia.

Dalam pada itu, beliau berksta UMS sentiasa mendorong mahasiswa agar bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti sama ada di peringkat universiti, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Hal ini katanya, dapat meningkatkan lagi kualiti kemahiran insaniah mahasiswa. Terokailah semua peluang yang ada demi untuk memajukan diri anda sepanjang menjalani pengajian.

“Pelajar haruslah mempertingkatkan kemahiran diri dalam komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, moral dan etika profesional, keusahawanan, kepimpinan dan pembelajaran berterusan”, katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan sedaya upaya membantu pelajar untuk menjadi graduan dan tenaga kerja yang cemerlang dalam memperkukuh proses transformasi negara berpaksikan inovasi dan menjana nilai tinggi dalam keperibadian pelajarnya.

Menurut beliau, perjalanan hidup bagi seorang pelajar yang bergelar mahasiswa adalah sangat mencabar dan tidak semudah yang disangka. Ini kerana Ia memerlukan kecekalan dan kesabaran yang tinggi.

“Segala usaha dan kudrat harus diperkukuhkan kerana tidak wujud istilah jalan singkat dalam mencapai kejayaan” katanya.

Beliau berharap pelajar sentiasa menerokai ilmu yang sangat luas di luar sana menerusi pembacaan dan kajian agar mampu menempatkan diri dalam pendidikan yang lebih terkini sebagai seorang mahasiswa.

Pada masa sama, sikap proaktif, toleran, berfikiran terbuka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling amat diperlukan demi menjaga maruah diri dan nama baik universiti.

“Jati diri sebagai seorang mahasiswa perlulah dijaga dan tidak mudah terpengaruh serta terikut-ikut dengan sebarang unsur negatif sama ada dari dalam dan luar kampus yang mengakibatkan pengajaran dan pembelajaran terganggu.

“Jangan menghampakan harapan ibu bapa yang tinggi untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran.

“Sahutlah cabaran mereka yang mengimpikan anda menjadi seorang anak yang berjaya pada masa hadapan dan mampu menghadapi sepanjang menjalani pengajian di UMSKAL,”katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN