30 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMSKAL  tandatangani kerjasama persefahaman penyelidikan antara  Neurogine Group, LCC dan FKAL

ALBUM……Geoffrey (empat dari kanan), Daniel (dua dari kanan), Chen Chee Ping (tiga dri kiri), Mohamad Rizal (empat dari kiri), Dr Ricky ( kiri sekali) dan Raymond Pang (kanan sekali) bergambar kenangan selepas majlis menandatatangani perjanjian persefahaman tersebut.

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) mengadakan perjanjian persefahaman kerjasama  bagi penyelidikan Digital Perusahan Mikro  Kecil dan Sederhana (PKS) bersama  Neurogine Group, Dewan Perniagaan Labuan (LCC)  dan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL)  mewakili UMSKAL.

Majlis menandatangani Perjanjian penyelidikan (research agreement) itu telah diadakan  di Bilik Seminar Eureka, UMSKAL, di sini pada Selasa.

Menurut Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Professor Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal,  perjanjian kerjasama penyelidikan itu merupakan sebahagian daripada komitmen Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) kepada komuniti perniagaan di WP Labuan.

“Antara sebab utama sesebuah universiti ditubuhkan adalah untuk memberi sumbangan kepada komuniti setempat.

“ Kajian ini juga adalah seiring dengan landasan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang dikongsi oleh YB Menteri Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir minggu lalu yang menyatakan KPT bukan hanya bertanggungjawab membangunkan bakat dalam kalangan warganya, bahkan juga mempunyai tanggungjawab besar untuk memberdayakan komuniti dan industri melalui program pemindahan dan perkongsian ilmu atau Knowledge Sharing and Transfer Programme (KSTP).” katanya ketika  berucap pada majlis tersebut.

Beliau berkata, transformasi digital Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) adalah penting untuk pertumbuhan dan daya saing yang mampan dalam landskap perniagaan masa kini.

Katanya,  Labuan yang menghadapi perubahan ekonomi yang berterusan, terpaksa menerima kesediaan digital untuk kekal relevan.

“Penyelidikan ini menyiasat kesediaan digital PKS di Labuan, meneliti aspek seperti kadar penggunaan teknologi, kecekapan kemahiran digital, dan menavigasi kerumitan landskap perniagaan digital.

“Kajian ini juga  bertujuan untuk memahami keadaan semasa, mengenal pasti bidang untuk penambahbaikan, dan memberikan pandangan untuk membolehkan perniagaan ini berkembang maju dalam era digital yang berkembang pesat,” katanya.

Selain itu ia juga bertujuan untuk  meneroka kesediaan teknologi pengguna atau industri, menekankan pemangkin dan perencat yang mempengaruhi kesediaan teknologi.

Beliau yakin  penemuan itu dijangka meningkatkan pembangunan MSME Labuan, memupuk inovasi dan daya tahan ekonomi dalam menghadapi pendigitalan global.

Geoffrey berkata, keterlibatan tiga entiti dalam kajian ini masing-masing dengan peranan mereka iaitu; Dewan Perniagaan Labuan (LCC) akan bertanggungjawab dalam proses pungutan data, Neurogine Group Bhd akan membiayai sebanyak RM5000 untuk fasa pengetahuan digital Pembayaran Kod Pengecaman Pantas (QR).

“ Ini adalah teknologi pembayaran mudah alih yang paling asas. Ia merupakan kaedah dominan atau pilihan yang diguna pakai oleh bank dan institusi kewangan bukan bank di Malaysia.

“Neurogine Merchant diharap akan menjadi  penyelesaian generasi akan datang kerana ia memenuhi beberapa kriteria dan piawaian baharu.


“Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) pula akan membentuk instrumen pungutan data, menganalisa data serta membuat laporan tahap Kesediaan Digital Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana (PKS) Di Labuan.

Sementara itu majlis menandatangani perjanjian itu telah disempurnakan Pengerusi Kumpulan Neurogine,  Chen Chee Peng, Dewan Perniagaan Labuan (LCC)  diwakili oleh Presidennya Daniel Doughty dan FKAL diwakili oleh Geoffery sendiri.

Perjanjian Kerjasama Persefahaman itu telah disaksikan oleh Timbalan Dekan Akademik FKAL, Dr Ricky Chia Chee Jun, Ahli Lembaga Penasihat Kumpulan Syarikat Neurogine , Dato’ Paduka SAC Mohd Sakri bin Arifin (B),  dan Setiausaha Dewan Perniagaan Labuan , Raymund Pang Onn Phin,

Turut hadir, Pengarah UMSKAL, Professor Madya Dr Mohamad Rizal Abdul Hamid dan Ahli Lembaga Penasihat Kumpulan Syarikat Neurogine, Professor Madya Dr Lee Hock Ann.

Menurut Geoffry, kajian ini akan mengambil masa enam (6) bulan untuk dilengkapkan dan bakal memberikan gambaran tentang tahap ketersediaan syarikat PKS yang beroperasi di WP Labuan.

Hasil daripada kajian ini juga, para peniaga di Labuan akan lebih terdedah dan bersedia untuk menggunakan teknologi Pembayaran Kod Pengecaman Pantas (QR).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN