31 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMSKAL rai Majlis Sambutan Aidilfitri dan Jubli Perak Tahun 2024

ERAT – Dr. Mohamad Rizal (duduk tengah), Zamri (berdiri enam kiri) dan Mas Adi (duduk belakang kanan) melawat gerai SPSM dan Pejabat Pengarah.

LABUAN: Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri dan Jubli Perak UMSKAL Tahun 2024 serentak  dalam kesederhanaan tetapi sangat meriah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah UMSKAL, Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abdul Hamid di Dewan Utama, UMSKAL pada Selasa.

Turut hadir Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Ketua Pentadbiran UMSKAL, Zamri Mohammad Tuah dan Ketua Sektor Pentadbiran dan Sumber Manusia UMSKAL, Mas Adi Alimin selaku Penyelaras Program.

Majlis yang bermula pukul 10 pagi itu turut dihadiri pensyarah, kakitangan dan pelajar.

Terdahulu, Dr. Mohamad Rizal ketika berucap pada majlis itu  berterima kasih atas kehadiran dan komitmen seluruh warga UMSKAL khususnya kakitangan dalam menjayakan majlis itu.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak urusetia dan kakitangan pelaksana yang berusaha gigih bagi memastikan majlis itu berjalan dengan lancar.

“Saya yakin dan percaya, majlis sambutan perayaan seperti ini akan dapat menyatukan kepelbagaian agama dan budaya, mempamerkan keharmonian berbilang latar belakang kaum dan kepercayaan, yang akhirnya mewujudkan kesatuan dan muhibbah dalam kalangan masyarakat, khususnya warga UMSKAL,”katanya.

Tambah beliau, Majlis Sambutan Aidilfitri yang disekalikan dengan sambutan Jubli Perak UMSKAL seperti ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengeratkan jalinan ukhuwah, persaudaraan dan perpaduan sesama kita dan organisasi di kampus ini.

Selain itu, majlis sebegini boleh dijadikan batu loncatan untuk kita merapatkan kembali hubungan, saling bermaafan dan bersedia membuka lembaran baru bagi mewujudkan permuafakatan yang lebih utuh lagi.

Jelasnya, perbezaan pendapat adalah lumrah dan harus dimanfaatkan dan boleh dijadikan pencetus idea dan ilmu untuk menghasilkan keputusan yang terbaik dan memberikan kemaslahatan kepada masyarakat dan negara.

“Semoga kita di UMSKAL terus bersatu dalam memastikan kampus kita sentiasa dalam suasana yang harmoni, bekerjasama dan gembira,”katanya.

Sementara itu, pelbagai menu makanan dan juadah disajikan kepada kakitangan dan pelajar sambil dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN