29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Terus Relevan, Pasti Akan Bangkit Kembali Dengan Sokongan Akar Umbi -Bung

“Saya meminta semua pemimpin UMNO diperingkat akar umbi terus berkerja mendekati rakyat dan jika memontum ini kita kekalkan tidak mustahil UMNO akan kembali menjadi pemerintah negara dan negeri pada PRU ke-15 nanti”

-Bung Moktar-

KOTA KINABALU : UMNO adalah sebuah wadah perjuangan yang tiada titik noktahnya dari mula penubuhan parti keramat ini sehinggalah ke hari ini, malah ia merupakan sebuah parti terbesar sebagai peneraju pemerintahan dan berjuang membela rakyat, 

Ketua Umno Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin (gambar)  walaupun UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, namun perjuangan ahli-ahli parti terus kekal relevan.

“Kekalahan lalu tidak mematahkan semangat UMNO untuk kembali bangkit dan menerajui negara asalkan pemimpin dan ahli memahami dan menghayati idealisme parti, biar pelbagai  dugaan, dan cabaran  yang melanda dalam perjuangan , insya-Allah, UMNO pasti bangkit kembali” katanya dalam sidang video secara langsung di media sosial (Facebook) bersama Presiden UMNO Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi keseluruh negara  sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-74 hari ini.

Sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke -74 tahun ini Bung menyeru ahli ahli UMNO agar terus menghayati dan memahamiI falsafah perjuangan parti bagi memastikan UMNO terus relevan

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi  UMNO, UMNO merupakan parti perjuangan yang cukup jelas dan mempunyai agenda-agenda untuk membangunkan untung nasib dan kebajikan orang-orang Melayu dan bumiputera .

Tambah Bung dalam perkembangan  keadaan konsep politik negara yang berubah-ubah ketika ini  UMNO sering dituduh, difitnah, dikeji dengan pelbagai tohmahan oleh Pakatan Harapan (PH), namun UMNO mampu membuktikan bahawa akar umbi akan tetap bersama berjuang bersama-sama parti, ujarnya. 

” Ini terbukti dengan beberapa pilihanraya kecil yang telah dilalui sebelum ini rakyat masih memihak kepada BN/UMNO menjelaskan UMNO masih menjadi pilihan rakyat yang sebelum ini tertipu dengan pelbagai janji manis (PH) semasa PRU ke-14 baru- baru ini.

Mengenai UMNO Sabah Bung yang juga Ketua UMNO bahagian Kinabatangan berkata UMNO Sabah masih wujud di 25 bahagian di negeri Sabah yang membawa masej jelas UMNO memiliki kekuatan di peringkat akar umbi dan perkara ini lebih diperjelaskan semasa PRK Kimanis UMNO berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis.

” Saya meminta semua pemimpin UMNO diperingkat akar umbi terus berkerja mendekati rakyat dan jika memontum ini kita kekalkan tidak mustahil UMNO akan kembali menjadi pemerintah negara dan negeri pada PRU ke-15 nanti” jelas Bung. Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN