31 C
Kota Kinabalu
Khamis, Disember 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Saguking & Gersik sertai Kempen Derma Darah Sedunia

ZAINAL (berdiri)  bersama dua ahli pemuda UMNO Saguking, Gersik yang menderma darah pada program tersebut.

LABUAN: UMNO Cawangan Saguking dan Gersik tidak mahu ketinggalan untuk mendermakan darah yang diperlukan oleh Tabung Darah Hospital Labuan pada program Kempen Derma Darah  sempena Hari Penderma Darah Se Dunia yang dianjurkan oleh Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Labuan yang  berkolaborasi dengan Hospital Labuan.

Kempen yang disertai oleh beberapa ahli pergerakan Pemuda UMNO Saguking dan Gersik itu telah diadakan di ruang legar Ujana Kewangan, pada Ahad lalu.

Ketua  Cawangan UMNO  Saguking, Zainal Haji Bungsu yang turut menyertai kempen itu berkata, beberapa ahli pergerakan Pemuda Cawangan  UMNO Saguking dan Gersik terpanggil untuk  menderma darah  bukan sahaja sebagai tanggungjawab sosial dalam membantu rakyat tetapi juga sebagai komitmen ahli ahli UMNO menyokong kepada mana-mana pihak yang menganjurkan Kempen Derma Darah.


“Walaupun jumlah ahli yang menderma darah tidaklah seramai mana, namun ia sudah cukup membuktikan UMNO Cawangan Saguking Gersik  sentiasa prihatin terhadap rakyat yang memerlukan bantuan” katanya  kepada media di sini.

Sementara itu, Pengerusi Bulan Sabit  Merah  Malaysia (BSMM) Wilayah Persekutuan Labuan, Datin Christine Mungge berkata, sempena program itu  sebanyak 58 beg darah berjaya dikutip hasil daripada 80 pederma yang mendaftar pada program tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN