31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO SABAH WUJUDKAN (JUARA) JABATAN URUSAN PILIHANRAYA

SIDANG MEDIA…Bung semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Sabah.

KOTA KINABALU: Umno Sabah akan mengwujudkan Jabatan Urusan Pilihanraya (JUARA) yang akan dilancarkan awal tahun depan.

Ketuanya Dato Sri Bung Moktar Radin berkata (JUARA) berperanan untuk menyelaras dan melaksanakan pelbagai program bagi mendekatai ahli dan rakyat di peringkat akar umbi terutamanya sebagai persediaaan untuk menghadapi PRU akan datang.

Bung berkata , (JUARA) akan digerakkan oleh lima sekretariat iaitu Sekretariat Big Data,Penyelidikan, Komuniasi Strategik,Latihan dan Naziran.

“ Melalui sekretariat ini pelbagai program mengikut sekretariat masing-masing akan digerakan untuk mendekati ahli dan rakyat di peringkat akar umbi bertujuan untukn memperkasakan lagi kekuatan parti” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Sabah di bangunan Umno pada sabtu lepas.

(JUARA) yang dipengerusikan oleh Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin dibantu oleh Datuk Mohd Rafi Ali Hasan sebagai timbalan Pengerusi,Setiausaha Hashim Mohd Soon,Bendahari Suhaimi Haji Nasir dan Ketua Penerangan Datuk Raimie Unggi.

Diperingkat Sekretariat pula Sekretariat Big Data dipengerusikan oleh ADUN Pantai Dalit Jasni Daya, Sekretariat Penyelidikan ADUN Tanjung Keramat Ir Shahelmey Yahya,Sekretariat Komuniasi Strategik ADUN Tampasuk Arshad Bistari, Sekretariat Latihan ADUN Sungai Manila Mokran Singkat dan Sekretariat Naziran ADUN Pantai Manis Tamin Zainal.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno melalui (JUARA) yang baru ditubuhkan ini, usaha untuk memperkuatkan parti akan lebih teratur dan sistemetik melalui gerak kerja yang dilaksanakan oleh sekretariat yang sediada.

SERAH TUGAS..Bung ( empat dari kiri) bersama Timbalannya Datuk Yakub Khan ((tengah) Setiausaha Umno Sabah Datuk Jafry Arifin(tiga dari kanan) menyaksikan Majlis serah tugas Mohd Kadzim kepada Awang Aslee sebelum mesyuarat bermula.

Dalam pada itu Umno Sabah turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada bekas Setiausaha Eksekutif Umno Sabah Datuk Mohd.Kadzim Yahya atas sumbangan beliau yang telah berkhidmat bersama Umno Sabah hampir 30 tahun .

Menurut Bung Mohd. Kadzim telah melaksanakan tugas beliau sebagai Setiausaha Eksekutif dengan penuh cemerlang ketika parti berhadapan dengan saat suka dan duka.

Mohd Kadzim yang dilantik sebagai Yang di Pertua DUN Sabah yang baharu bulan oktober lepas dan tempat beliau diambil alih oleh Awang Aslee Lakat sebagai Setiausahaa Eksekutif Umno Sabah yang baharu.

Di mesyuarat tersebut Bung juga turut mengumukan perlantikan dan kemasukan semula Ahli Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said sebagai Pengarah Pilihanraya Sabah bagi PRU ke 15 akan datang.

Selain Salleh yang menyertai semula Umno ,Umno Sabah juga turut menerima kemasukan ahli ADUN Sugut Datuk James Ratib,bekas ADUN Pitas Datuk Bolkiah Ismail, bekas ADUN Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail dan bekas ADUN Kemabong Jamawi Jaafar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN