27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO Sabah Masih Releven – Bung

BUNG (tengah) dalam satu sidang media di Kita Kinabalu pada 8 Julai 2020

KOTA KINABALU: UMNO Sabah menyifatkan kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dato’ Dr Abdul Latiff Ahmad yang menyatakan UMNO khususnya di Sabah sudah tiada sebagai kenyataan angkuh,sombong dan tidak sedar diri.

Ketua Umno Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata,kenyataan beliau (Dr.Abdul Latiff) sebagai lupa asal usul dengan kedudukan yang beliau perolehi ketika ini sehingga menjadi salah seorang Menteri dalam kerajaan Pakatan Nasional bermula dari sokongan UMNO .

” Bercakap kena cermin diri,tidak perlu bercakap bodoh sombong kerajaan PN hari ini tidak akan terbentuk tanpa sokongan UMNO,dan beliau(Abdul Latiff ) tidak akan menjadi seorang Menteri tanpa sokongan ahli UMNO di Parlimen Mersing yang beliau wakili” katanya ketika di temui di sini selepas mempengerusikan mesyuarat pengurusan UMNO Sabah.

Bung berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Abdul Latiff dalam satu program live Facebook Majlis Amanah Rakyat yang tular di Halaman Sosial (FB)

Dalam kenyataan tersebut Dr Abdul Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing berkata UMNO sudah tidak laku khususnya di Sabah.

Kenyataan tersebut bukan sahaja mendapat keceman dari ahli dan pemimpin UMNO Sabah malah pemimpin UMNO di Semenanjung turut membuat kecemasan malah Pergerakan Pemuda UMNO meminta Dr Abdul Latiff meletakkan jawatan dengan kenyataan yang mereka sifatkan sebagai tiada semangat setia kawan dan menjejaskan keharmonian dan penghormatan kepada parti parti yang berkerjasama dengan gabungan parti parti kerajaan PN.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO apa pun istilahnya samaada hijrah atau lompat UMNO menghormati keputusan rakan rakan dalam UMNO yang melompat ke Bersatu termasuk rakan rakan di Sabah , tapi jangan sampai memperlekehkan dan menafikan sokongan ahli-ahli UMNO yang menjulang mereka sebagai wakil rakyat sehingga ada kedudukan dalam kerajaan PN Dan menjadi anggota kabinet.

“Tiada istilah “hijrah” tetapi budaya “membeli” ahli parlimen untuk mengukuhkan kuasa merupakan praktis yang diamalkan BERSATU. Begitu juga yang berlaku di Mersing apabila ahli parlimen UMNO yang menang atas tiket BN telah melompat menyokong kerajaan untuk survival politik peribadi” jelas Bung.

Mengulas kenyataan Dr Abdul Latiff mengenai UMNO Sabah yang sudah tidak wujud Bung berkata ianya hanya presepsi yang bersifat prajudis

Katanya meskipun sebilangan pemimpin UMNO Sabah melompat menyertai Bersatu semangat serta prinsip perjuangan pemimpin dan ahli parti yang masih setia kepada perjuangan parti masih kukuh.

” Perkara ini dibuktikan tidak ada satu bahagian dan cawangan UMNO pun dinegeri ini dibubarkan ,kita masih ada pemimpin dan ahli parti yang bermaruah dan setia meneruskan perjuangan” jelas Bung.

Tambah Bung, kerajaan UMNO/BN di Sabah telah runtuh selepas menang pada PRU-14 kerana tindakan segelintir pemimpin yang mengetepikan perjuangan asas parti untuk kelansungan kuasa dan jawatan mereka.

Menurut Bung apa pun cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh UMNO Sabah ianya kekal relevan.

Katanya kemenangan BN di PRK Kimanis adalah bukti dan isyarat UMNO Sabah masih diterima rakyat dimana Umno/BN berjaya mengalahkan kerajaan negeri pimpinan Warisan walaupun ketika itu UMNO /BN menjadi pembangkang.

“Perjalanan UMNO Sabah masih jauh lagi. Kita akan mengukuhkan akar umbi untuk menguatkan sokongan. Parti yang kuat adalah parti yang berpegang pada asas perjuangan, bukannya parti yang mementingkan kuasa” jelas Bung

Menurut Bung dalam kontek andaian negetif yang dikeluarkan oleh Dr Abdul Latiff pihak yang layak menilai UMNO Sabah adalah rakyat Sabah,bukannya dari seorang ahli parlimen yang melompat dan meninggalkan parti ketika kalah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN