26 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

UMNO SABAH KEHILANGAN SEORANG PEMIMPIN BERJIWA KENTAL: BUNG

Gambar FB

Oleh : Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU : UMNO Sabah menyifatkan pemergian Penolong Ketua Penerangan UMNO Sabah Allahyarham Datuk Haji Nalwan Kabang sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat khususnya UMNO Sabah.

Ketuanya Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) berkata Allahyarham Nilwan merupakan seorang yang berjiwa kental,tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa tenang dalam menghadapi cabaran.

” Allahyarham (Nilwan) seorang sahabat yang rapat dengan saya, kami berkecimpung dan berjuang dalam kerjaya Politik sejak era pemerintahan USNO sehingga UMNO melebarkan ke Sabah kami berjuang dalam bersama, sebab itu saya sifatkan allahyarham seorang pemimpin berjiwa kental Dan sentiasa kepada perjuangan ” Katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Allahyarham Nilwan 71 bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak dan veteran politik Sabah meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini, awal pagi ini, akibat jangkitan COVID-19.
Setelah sebulan bertarung nyawa melawan virus tersebut, beliau akhirnya pergi menghadap Ilahi pada jam 3.45 pagi.

Nilwan, sebelum ini mendapat rawatan di hospital tersebut pada awal bulan ini.
Bung yang Juga Timbalan Ketua Menteri turut berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham Nilwan .

” Bagi pihak keluarga Besar Umno Sabah saya merakamkan ucapan takziah kepada isteri arwah Datin Amnani Abdullah serta seluruh ahli keluarga moga mereka tabah menghadapi saat sukar ini dan kami mendoakan moga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman ” jelas Bung dalam nada yang sabak

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN