UMNO PERLU MENJADI JUARA DIHATI RAKYAT :AWANG

UMNO PERLU MENJADI JUARA DIHATI RAKYAT :AWANG

07/10/2021 Off By Stringer

IKHLAS..Awang ketika ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Buang Said di Menumbok.

Oleh Jaafar Abd Wahid

KUALA PENYU : UMNO perlu sentiasa menjadi juara di hati rakyat untuk membela dan membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19, darurat, sakit dan musibah banjir.

Ketua UMNO bahagian Beaufort Datuk Awang Lakat berkata natijah pandemik kepada ekonomi semakin terasa yang turut menyebabkan rakyat makin susah, resah dan gelisah memikirkan soal kelangsungan hidup mereka.

“Di tengah-tengah krisis pandemik dan keperitan rakyat ini, pemimpin UMNO disemua peringkat perlu cakna terhadap masalah rakyat dan berusaha membantu mereka ” katanya ketika ditemui selepas melakukan program ziarah ke beberapa buah kampung di kawasan Parlimen Beaufort baru baru ini.

Menurut Awang yang juga setiausaha eksekutif UMNO Sabah ,pemimpin UMNO disemua peringkat perlu mengelak budaya hanya bertemu rakyat atau ahli semasa pilihanraya atau pemilihan parti baru turun padang menemuai mereka

“Kita harus kembali kepada landasan asal dengan menjadikan mantra ‘tradisi membela rakyat’ sebagai teras perjuangannya ketika ini,” katanya

Awang turut berpuas hati dengan kepimpinan dan sayap UMNO di bahagian Beaufort yang mengamalkan budaya kerja berpasukan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial parti kepada masyarakat yang memerlukan di kawasan itu.
” Budaya ini perlu kita jadikan sebagai amalan berpanjangan jika ketua tidak dapat turun ,timbalan Naib dan seterusnya ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan masing-masing ” katanya.

Menurut Awang program program ziarah ini akan memberi kesan kepada moral dan keyakinan rakyat dan ahli kepada parti secara berterusan

CAPTION:

A.IKHLAS..Awang ketika ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Buang Said di Menumbok.

B.BERTANYA KHABAR..Awang bersama Setiausaha UMNO Bahagian Tukul Abdul Rahman ketika menziarahi Kassim Sindu yang kurang sehat di kampung Kerukan Kuala Penyu.

C.PELUANG..Awang bersama Setiausaha UMNO bahagian Beaufort Tukul Abdul Rahman sempat berbincangan bersama penduduk kampung semasa program ziarah di Menumbok